Menara Kuala Lumpur (Menara KL) terus menjadi tumpuan pelancong apabila mencatatkan kira-kira 850,000 pengunjung, melebihi sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata 60 peratus daripada jumlah pengunjung itu adalah pelancong luar negara manakala selebihnya adalah pelancong tempatan.
Beliau berkata jumlah terbabit bukan sahaja mengatasi sasaran kehadiran 800,000 pengunjung untuk tahun 2016, malah menunjukkan trend peningkatan ketara berbanding 715,000 pengunjung direkodkan sepanjang 2015.
Katanya dua tarikan terbaharu ditawarkan Menara KL pada tahun ini iaitu Sky Box, bilik kaca yang terkeluar dari tebing pelantar terbuka (Sky Deck) serta rumah terbalik (Upside Down House) merancakkan kehadiran pelancong ke mercu tanda ibu kota berkenaan.
"Dua produk baharu itu yang mula beroperasi sejak pertengahan tahun ini telah membantu meningkatkan kira-kira 20 peratus keseluruhan kehadiran pengunjung ke sini terutama dalam kalangan pelancong tempatan.
"Jumlah kehadiran pengunjung dijangka terus meningkat terutama pada waktu cuti sempena sambutan perayaan Krismas serta sambutan tahun baharu disertakan promosi melibatkan pelbagai aktiviti kepada pengunjung," katanya.
Meor Shahril Anuar ditemui Bernama selepas berakhirnya Pertandingan Bintang Eryns Menara KL, di sini, hari ini.
Tambahnya, pengurusan Menara KL akan terus merancang pelbagai aktiviti serta produk tarikan pelancong terbaharu di bangunan setinggi 421 meter yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur itu.
"Kita akan terus menyusun atur strategi, program dan memperkenalkan produk terbaharu bagi memastikan Menara KL kekal relevan dalam menjadi antara tarikan utama serta lokasi wajib pelancong yang datang ke negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016
Menara KL terus menjadi tumpuan pelancong apabila mencatatkan kira-kira 850,000 pengunjung, melebihi sasaran yang untuk tahun ini. - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Daki 1,608 anak tangga tuju Menara KL, peserta KLTITC24 lakar sejarah baharu
1,500 peserta dari 15 negara berjaya daki 1,608 anak tangga menuju ke Pelantar Pemandangan Tertutup Menara Kuala Lumpur, pada ketinggian 292 meter.
Menara KL diterangi lampu warna-warni sempena Hari Kebangsaan Turki ke-100
Menara KL diterangi cahaya lampu berwarna-warni bertemakan warna bendera Turki sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Republik Turki, pada malam Ahad.
Menara KL: Pengarah syarikat didakwa tawar suapan RM7.5 juta untuk Annuar Musa
Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa.
KL Tower International Jump kembali dianjurkan
Selepas tiga tahun peganjuran ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 acara Kuala Lumpur Tower International Jump Malaysia (KLTIJM) yang memasuki tahun ke-20 tahun ini kembali dianjurkan pada Jumaat.
Isu Menara KL: Tindakan terhadap penyebar maklumat palsu, fitnah
Syarikat berkenaan juga akan berhubung dengan Kementerian Komunikasi dan Digital berhubung perkara itu untuk menjelaskan keadaan.
TM lepaskan konsesi operasi, penyelenggaraan Menara KL bagi tumpukan perniagaan teras
Telekom Malaysia Bhd (TM) menjelaskan bahawa Menara KL (MKL) adalah milik kerajaan manakala operasi dan penyelenggaraan menara itu dijalankan secara konsesi.
Menara KL bakal diterangi cahaya warna-warna sempena sambutan Hari Eropah 2021
Menara KL bakal dihiasi dengan warna dan logo Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad sempena meraikan Hari Eropah 2021.
KLCC, Menara KL 'hilang' dari pandangan
Beberapa mercu tanda di ibu negara 'hilang' daripada pemandangan mata pada tengah hari ini ekoran kualiti udara rendah akibat fenomena jerebu.
Menara KL terus kekal destinasi utama pelancong di ibu kota
Menara Kuala Lumpur (Menara KL) terus menjadi tumpuan pelancong apabila mencatatkan kira-kira 850,000 pengunjung, melebihi sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini.
Menara KL sasar 800,000 pengunjung tahun ini
Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan pelbagai aktiviti dan tarikan baharu seperti Sky Box dan Upside Down yang mendapat sambutan menggalakkan selepas dilancarkan Jun lepas.