awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menara MCT bukan milik One City Developer

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
27/11/2018
12:35 MYT
Menara MCT bukan milik One City Developer
JMB Menara MCT kesal serangan bangunan yang disalah sangka milik One City Developer
Badan Pengerusi Bersama JMB Menara MCT kesal dengan insiden serangan yang menyebabkan cermin dan pintu masuk bangunan itu pecah susulan daripada isu perpindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya awal pagi Isnin.
Menerusi satu kenyataan media, badan itu berkata Menara MCT yang dipercayai dirosakkan oleh penunjuk perasaan pagi tadi, bukan milik syarikat pemaju One City Development.
"Semua hartanah dan unit di One City, USJ25 dimiliki oleh pemilik individu dan diuruskan oleh JBP selari dengan Akta Pengurusan Stara 2013.
"Menara MCT merupakan sebahagian daripada Sky Park @ OneCity dan ia dimiliki oleh pemilik tersebut. MCT Bhd yang dimiliki oleh One City Development Sdn Bhd hanya penyewa di sini dan tidak memiliki bangunan itu
"Menara MCT juga disewa oleh penyewa lain termasuk beberapa syarikat multinasional," kata kenyataan itu.
BACA: One City tuntut penjelasan polis, kaitkan syarikat itu dengan insiden kuil
BACA: Insiden kuil: Siapa kata ada sidang media? - Pegawai One City
Justeru, badan itu berkata adalah penting untuk orang ramai jelas bahawa ia tidak ada kaitan dengan pemaju One City yang hanya menjadi penyewa di menara tersebut.
"Kami meminta semua pihak bertenang dan menyerahkan perkara ini untuk diuruskan pihak berkuasa," kata kenyataan itu lagi.
Dalam kejadian awal pagi tadi, sekumpulan penunjuk perasaan telah merusuh Menara MCT kerana menyangka ia pejabat pemaju One City.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi dan menyaksikan sebuah kereta jenis Toyota Velfire dirosakkan oleh kumpulan perusuh berkenaan.
Topic Berkaitan
#JMB
#kerajaan
#Ketua Polis Negara
#kuil
#polis
#Sri Maha Mariamman
#Subang Jaya
#Tun Mahathir Mohamad
#USJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan