KUALA LUMPUR:Sebarang cabaran terhadap nasihat yang diberikan oleh Kabinet/ Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, secara efektifnya dan secara tidak langsung adalah suatu cabaran terhadap kesahihan Proklamasi Darurat tersebut, kata Exco Pemuda UMNO, Muhamad Nur Aizat Noor Azam.
Dalam catatan di Facebook beliau, Ketua Pemuda UMNO Merbok itu berkata, cabaran itu turut meliputi kesahihan sebarang ordinan yang diperkenankan Seri Paduka Baginda sepanjang tempoh pewartaan Darurat.
Menurut beliau, merupakan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh peruntukan Perlembagaan Persekutuan, iaitu suatu ‘ouster clause’ di bawah Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan (‘ouster clause tersebut’).
“Mahkamah hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tindakan undang-undang bagi mencabar nasihat yang diberikan oleh Kabinet/ PM kepada YDP Agong sekiranya ouster clause tersebut didapati tidak sah (‘void’) oleh Mahkamah.
“Dari sudut undang-undang, ouster clause tersebut adalah sah dan berperlembagaan, dan sebarang tindakan yang bercanggah dengan ouster clause tersebut tidak boleh berdiri di sisi undang-undang,” tulis Muhammad Nur Aizat lagi.
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencabar Proklamasi Darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan di Mahkamah.
Kenyataan itu menyusul selepas tiga hari Ahli Parlimen Port Dickson itu mencadangkan semua Ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan Seri Paduka Baginda membatalkan Proklamasi Darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.
Anwar berkata, keputusan mengisytiharkan darurat seperti tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya negara melawan impak COVID-19.
BACA: Anwar akan cabar proklamasi darurat di mahkamah
Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan seolah-olah cuba menderhaka kepada titah Seri Paduka Baginda, dengan cara menggesa sidang Parlimen dilakukan berhubung Proklamasi Darurat itu.
Annuar, yang dilucutkan jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional baru-baru ini berkata, tindakan Ahli Parlimen Pontian itu juga tidak pernah dibincang atau diputuskan parti, malah ia bercanggah dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.
BACA: Surat Ahmad Maslan cubaan derhaka kepada Agong – Annuar
Dalam pada itu, Muhamad Nur Aizat berkata, ‘ouster clause’ yang beliau sebutkan, konsisten dengan prinsip separation of powers, di mana institusi kehakiman adalah dihalang daripada mencampur tangan dalam sebarang tindakan eksekutif yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tegasnya lagi, institusi kehakiman sememangnya adalah institusi yang bebas dan hanya mempunyai bidang kuasa sepertimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Beliau berkata, sekiranya segala nasihat eksekutif terutamanya nasihat-nasihat Kabinet yang diberikan (di bawah Perlembagaan Persekutuan) (termasuk kewajaran (‘reasonableness’) dan proportionality nasihat tersebut) boleh dicabar dan dipersoal di mahkamah, eksekutif atau sesebuah kerajaan tidak boleh berfungsi dengan baik dalam mentadbir negara ini.
Jelasnya lagi, keadaan itu juga akan menyebabkan satu situasi ‘floodgate’ di mana cabaran terhadap setiap nasihat eksekutif di bawah Perlembagaan Persekutuan boleh dibawa dan dipersoalkan di mahkamah.
“Saya berpandangan bahawa segala tindakan oleh mana-mana pihak untuk mencabar Proklamasi Darurat serta Ordinan Darurat ke Mahkamah adalah satu tindakan yang tidak wajar atas prinsip separation of powers.
“Pihak ini seharusnya memahami terlebih dahulu tujuan undang-undang darurat wujud serta yang paling penting sekali adalah pada waktu dan ketika ini sebarang tindakan dengan tujuan bersifat politik semata-mata harus dihentikan demi memberikan fokus dan kerjasama sepenuhnya kepada YDP Agong dan kerajaan Malaysia,” katanya lagi.
Muhamad Nur Aizat berkata, usaha kolektif itu perlu bagi membolehkan Malaysia dapat menghadapi gelombang pandemik COVID-19 dengan terurus.
Firdaus Azil
Wed Jan 20 2021

Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, situasi itu berpotensi menimbulkan floodgate di mana cabaran terhadap setiap nasihat eksekutif di bawah Perlembagaan Persekutuan boleh dibawa dan dipersoalkan di mahkamah.

Hari paling berdarah di Myanmar, 38 penunjuk perasaan terbunuh
38 terkorban di Myamar pada Rabu dalam kejadian yang disifatkan PBB sebagai hari paling berdarah sejak rampasan kuasa berlaku.

Rakyat diminta ketepi prasangka, yakini usaha kerajaan tangani COVID-19
Ti Lian Ker berkata pengisytiharan darurat dilakukan bagi memastikan segala tumpuan kerajaan akan memfokus sepenuhnya kepada langkah menangani COVID-19.

RM159 juta dibelanjakan untuk projek persimpangan bertingkat Tanah Merah - Fadillah
Beliau berkata projek mula dibina pada 19 Ogos 2016 dan siap sepenuhnya pada 22 Dis tahun lepas.

COVID-19: Kejayaan Malaysia atas usaha sendiri - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, kejayaan itu adalah hasil inisiatif kerajaan yang melaksanakan PKP pada 18 Mac tahun lalu.

Biden selar tindakan Gabenor Texas, Mississippi batal arahan pemakaian pelitup muka
Tegasnya, tindakan berkenaan berkenaan adalah satu kesilapan besar.

Rel penghadang bangunan runtuh, tujuh pelajar universiti maut
Sekurang-kurangya tujuh pelajar universiti maut manakala empat yang lain cedera dalam kejadian rel penghadang runtuh di Universiti Awam El Alto, di Lapaz, Bolivia.

Nelayan Vietnam cuba tetak anggota Maritim Malaysia cedera terkena tembakan
Padah menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggunakan parang, tiga nelayan Vietnam cedera terkena tembakan.

ICC buka kertas siasatan jenayah perang Israel terhadap Palestin
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) secara rasmi membuka kertas siasatan berhubung jenayah perang di wilayah Palestin.

Bekas hamba seks Perang Dunia Kedua desak Kerajaan Jepun mohon maaf
Lee Yong-Soo,meminta kerajaan Jepun untuk melakukan permohonan maaf secara rasmi kepadanya termasuk mangsa-mangsa lain.

COVID-19: Sudan terima 800,000 vaksin AstraZeneca
Lebih 800,000 dos vaksin AstraZeneca tiba di Bandar Khartoum.

Jangan 'mandulkan' demokrasi - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO memohon agar Kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mengadakan persidangan Parlimen

Jika tidak bersidang, Ahli Parlimen hanya luah masalah di media sosial - Noor Hariri
Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu berkata, kerajaan tidak perlu takut untuk mengadakan sidang Parlimen pada waktu terdekat.

Laporan polis: Pemuda UMNO dakwa buku teks Sejarah Ting 4 dimanipulasi
Muhamad Nur Aizat mendakwa wujud unsur manipulasi ke atas kandungan buku tersebut yang telah diteliti pakar sejarah dan ahli akademik.

Buku teks Sejarah Tingkatan 4: Pelawaan dialog Maszlee hanyalah sandiwara - Exco Pemuda UMNO
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu sepatutnya menjawab segala persoalan yang timbul termasuk soalan daripada polis kelak.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kompaun RM10,000 ibarat penderaan kepada rakyat - Exco Pemuda UMNO
Dalam keadaan sukar ditambah pula pendapatan rakyat banyak terjejas, adalah tidak adil kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap mereka.

Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi
Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO sedikit sebanyak mampu mempengaruhi akar umbi UMNO memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.

Kerusi PRU-15: Pemuda UMNO Perak sokong pendirian konsisten Saarani
Pendirian Datuk Saarani Mohamad dalam mengekalkan status quo kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRU-15 bukanlah perkara baharu.

CEO baharu KWSP perlu selami, fahami suara hati rakyat
Asyraf Wajdi berkata, malah pelantikan itu mampu menyelami dan memahami suara hati rakyat.

Shahrol Shiro bantu salur air kepada penduduk Kluang
Bekalan air disalurkan menggunakan lori bergerak dalam usaha meringankan beban penduduk di kampung halamannya itu.