awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat Ahmad Maslan cubaan derhaka kepada Agong - Annuar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
19/01/2021
02:44 MYT
Surat Ahmad Maslan cubaan derhaka kepada Agong - Annuar
Menurut Annuar, tindakan Ahli Parlimen Pontian itu juga tidak pernah dibincang atau diputuskan parti malah ia bercanggah dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR :Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang didakwa menghantar surat kepada Ahli Parlimen menggesa sidang diadakan dalam masa terdekat.
Menurut Annuar, tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.
Tambahnya, tindakan Ahli Parlimen Pontian itu juga tidak pernah dibincang atau diputuskan parti, malah ia bercanggah dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.
“Kalau sudah "menjunjung titah”, dan itu keputusan parti, mengapa pula YB Dato Seri cuba membelakangi kenyataan rasmi Presiden Parti?
“Surat YB Dato Seri adalah suatu pelanggaran etika berorganisasi, menghina keputusan parti dan boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Menteri Wilayah Persekutuan itu juga menegaskan surat dihantar Ahmad itu mengandungi kesilapan besar dalam mentafsirkan Fasal 150(3) Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Wilayah Persekutuan itu juga menegaskan surat dihantar Ahmad itu mengandungi kesilapan besar dalam mentafsirkan Fasal 150(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Ia juga satu usaha jelas untuk terus bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP yang sebelum ini meminta perkara sama dilakukan oleh ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Justeru, Annuar meminta surat itu ditarik balik.
Annuar menegaskan beliau mahu surat itu ditarik balik dan beliau tidak bersetuju dengan kandungan surat berkenaan.
Annuar menegaskan beliau mahu surat itu ditarik balik dan beliau tidak bersetuju dengan kandungan surat berkenaan.
“Saya tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan yang tidak "constitutional" serta bercanggah dengan dasar dan keputusan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) parti,” tegasnya.
Dalam pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan itu juga menegaskan surat dihantar Ahmad itu mengandungi kesilapan besar dalam mentafsirkan Fasal 150(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara 150(3) yang dirujuk bermaksud untuk membentangkan (bagi tujuan pemakluman kepada Parlimen) tentang Proklamasi dan Ordinan atau Undang-Undang yang di buat bagi tujuan pengisytiharan (proclamation) darurat.
“ Fasal 150(3) tidak menyatakan atau tidak bermaksud mensyaratkan Parlimen bersidang secepat mungkin atau mewajibkan Parlimen bersidang serta merta selepas proklamasi darurat dibuat Yang di-Pertuan Agong,” jelasnya.
Kenyataan sama turut dikeluarkan Annuar di akaun Twitter beliau.
SUA UMNO menulis kpd MP dan memberi masa kurang dari 24 jam utk menyatakan persetujuan menggesa YDP AGONG memanggil sidang parlimen,kononnya di bawah perkara 150(3) PP. Elok SUAU itu rujuk constitutional expert supaya kelihatan lebih cerdik hal undang undang.. Ini jawapan saya.. pic.twitter.com/rVwVuQbATd
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) January 19, 2021
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Ahmad Maslan
#UMNO
#Yang di-Pertuan Agong
#darurat
#Sidang Parlimen
#DAP
#Zahid Hamidi
#Anwar Ibrahim
#Presiden UMNO
#Ketua Pembangkang
#SU Agung UMNO
#pembangkang
#menteri
#Ordinan Darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan