awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mendarat di Dagestan, pesawat dari Israel diserbu, dikepung penduduk

Agensi
Agensi
30/10/2023
15:45 MYT
Mendarat di Dagestan, pesawat dari Israel diserbu, dikepung penduduk
Sebilangan penunjuk perasaan menghentikan kereta di luar bangunan lapangan terbang serta meminta penumpang menunjukkan dokumen perjalanan bagi mencari pemegang pasport Israel.- Foto tangkap layar/REUTERS
MOSCOW: Sebuah video tular memaparkan orang ramai membanjiri lapangan terbang di bandar Makhachkala, Dagestan, Rusia dan memburu penumpang yang baru tiba dari Tel Aviv.
Dalam video itu, orang ramai dilihat berlari ke arah landasan lalu mengepung pesawat manakala ratusan lain dilaporkan menyerbu terminal lapangan terbang dengan majoriti daripada mereka mengibarkan bendera Palestin.
Agensi penerbangan Russia, Rosaviatsia berkata, keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.
Tambahnya, lapangan terbang itu akan ditutup sementara sehingga 6 November ini.
Sebelum itu, laporan media tempatan menyebut sebilangan penunjuk perasaan menghentikan kereta di luar bangunan lapangan terbang serta meminta penumpang menunjukkan dokumen perjalanan bagi mencari pemegang pasport Israel.
Menurut pegawai kesihatan, lebih 20 individu cedera dalam kejadian tersebut manakala polis Rusia telah menahan 60 individu selepas kejadian.
Wilayah Dagestan turut terkenal sebagai 'kampung halaman' legenda UFC Khabib Nurmagomedov dan juara lightweight UFC Islam Makhachev, serta ramai lagi atlet MMA.
Topic Berkaitan
#Dagestan
#pesawat dari Israel
#Makhachkala
#Khabib Nurmagomedov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan