JARANG sekali saya menolak untuk menulis tentang kemanusiaan – satu cabang penting untuk hidup dan kehidupan. Bagaimana mungkin saya menolak untuk merakam peristiwa kemanusiaan, sedangkan apa yang dilalui, kebanyakannya berlegar sekitar manusia dan kemanusiaan?
Tidak mungkin saya tidak menulis tentang kemanusiaan, kerana saya, manusia yang mendapat hidup melalui pemkiran yang tertumpah melalui tulisan di media sebelum disebar luas kepada masyarakat lain pula.
Sebagai individu yang gemar menulis isu kemanusiaan, perkara yang membawa kepada hal-hal mengenainya pula ada banyak sumbernya. Saya pernah beberapa kali ke Selatan Thailand, wilayah majoritinya umat Islam yang mengharungi konflik bagai nasi kerabu - bercampur-campur faktor penyumbangnya, dari soal pemisah, identiti bahasa, perang “perut” rakyatnya dan dadah.
Sejak 2014, apabila senjata dirampas di kem tentera Chai Ai Rong, perang tidak henti saban hari di Narathiwat, Yala dan Pattani. Ada sahaja pembunuhan, jika tidak orang kampung, yang maut, guru sekolah; ada juga Sami dan tidak kurang murah nyawanya Imam mana-mana masjid dan surau. Semua latar peristiwa ini – penuh elemen kemanusiaan – bertukar tempat, dirakam di minda penulis kemudiannya diletak di platform sosial.
Saya segarkan ingatan kepada lawatan ke Kemboja tajaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) tidak lama dahulu – satu pada 2007 dan satu lagi sepuluh tahun kemudian, 2017. Kedua-dua lawatan ini, tujuannya untuk meneroka soal kemanusiaan, jutaan mangsa perang dan periuk api di negara miskin seperti Kemboja. Bahawa, dalam kedua-dua lawatan itu, harapan mangsa perang diangkat, kerana perang kepada mereka, tiada menguntungkan sesiapa, sedangkan hidup perlu diteruskan.
Mangsa perang periuk api ini, ada yang kudung kakinya, tetapi tetap gigih membawa pengangkutan, mencari rezeki untuk keluarga. Mangsa perang ini, ada yang kehilangan matanya, tetapi tekun mengerjakan hasil tani di tanah sendiri demi menyuap mulut darah daging mereka.
Rakaman harapan dan rayuan mereka agar mementingkan kemanusiaan, jangan lagi berperang, dibawa pulang, dengan harapan, dunia yang dihuni manusia lebih celik tentang manusia lain. Semua latar peristiwa ini – penuh elemen kemanusiaan – bertukar tempat, dirakam di minda penulis kemudiannya diletak di platform sosial.
Dunia tidak pernah sunyi daripada perang, konflik dan perebutan kuasa. Ia sesuatu yang negatif pada laras bahasa tetapi menyuntik elemen kemanusiaan pada lapis yang lain.
Dalam perang ada kesengsaraan, kerana konflik berlaku kematian, akibat perebutan kuasa, manusia bercakaran. Semuanya menjadi tidak aman. Namakan apa sahaja perang pada abad ini dan pada era sebelumnya. Perang Dingin, Perang Bosnia, Perang Iraq, Perang Afghanistan, Perang di Syria dan Yaman, konflik di Marawi, Filipina dan sebagainya. Semua ini menjadikan dunia masih belum aman. Walaupun ia mempamerkan sisi negatif, bukan sedikit liputan mengenainya diangkat di pelbagai platform, sama ada di media massa, televisyen, media sosial dan tidak kurang di pentas ilmiah seperti kajian tesis dan sebagainya.
Usaha yang tidak henti membuat liputan mengenai perang, konflik dan perebutan kuasa ini tetap disuntik elemen kemanusiaan sebagai saranan atau jalan keluar kepada hal yang negatif sebegitu.
Saya ambil contoh liputan rakan saya, Hilal Azmi tentang konflik di Marawi, Filipina. Dalam banyak liputannya, beliau tidak sahaja mempamerkan mengenai realiti perang itu – ganas dan membunuh, tetapi ia juga tidak melupakan untuk menyelit nasib mangsa perang yang terdera – kanak-kanak dan warga tua.
Tulisannya yang disiarkan, “Krisis Marawi: 2 tahun berlalu, apa sudah jadi?” melukiskan bahawa perang menghabiskan hampir kesemuanya yang material, daripada rumah, harta benda dan peluang pekerjaan, tetapi tidak semangat untuk bangkit meneruskan kehidupan dan mendoakan keamanan.
Lama sebelum itu, Hilal ada membangkitkan persoalan kasih sayang sesama manusia dalam artikelnya, “Aizat sayang Gegurl”. Latarnya mengenai banjir di Pantai Timur – bencana yang turut menguji darjah kemanusiaan kita semua. Aizat satu watak manusia, seorang kanak-kanak yang sayangkan Gegurl – seekor kucing. Kerana bencana, kita sesama manusia jadi berbalah dalam soal-soal yang remeh, siapa patut terima bantuan, siapa tidak, kenapa diberi lebih bantuan, kenapa dikurangkan bantuan.
Itu adalah kesimpulan mudah dalam artikel ditulis Hilal, yang saya petik begini “Hati berbisik, ‘sedangkan kanak-kanak tahu erti kasih sayang sesama makhluk, mengapa kita yang dewasa berbalah sesama manusia tatkala bencana melanda saudara kita di sini?’ Semua latar peristiwa ini – penuh elemen kemanusiaan – bertukar tempat, dirakam di minda penulis kemudiannya diletak di platform sosial.
Untuk rekod, tulisan mengenai kasih sayang manusia dan haiwan ketika peristiwa banjir ini menang Top 5 Pertandingan Penulis Muda Kemanusiaan 2015.
Dekad baharu 20-an, dunia masih belum aman. Masih ada perang di Yaman. Konflik di Iraq. Perang saudara berterusan di Syria, yang membawa kepada krisis kemanusiaan terbesar dekad ini iaitu pelarian.
Dalam krisis pelarian yang tidak berkesudahan, dunia dan isi penghuninya dicengkam masalah ekonomi, diuji pula virus halimunan COVID-19.
Kepada seorang kolumnis di portal berita FMT, Faizal Tehrani, beliau melihat angka-angka kematian akibat COVID-19 bukan sahaja ada perkaitan dengan dompet dan poket tetapi juga hal-hal kemanusian kerana pelbagai pihak dihimpit rasa gelisah dan kegerunan. Ianya menjurus kepada persoalan sama ada yang melarat akan dibantu, dilayan sama rata atau sebaliknya. Sudah pasti ini menuntut kepada darjah kemanusiaan yang sangat tinggi untuk berlaku adil, meletak sesuatu kena pada tempatnya.
Kata Faizal lagi, wabak Corona membuatkan nilai menjadi sifar kerana ritual keagamaan yang mempunyai muatan budi dan pengisian rohani tiba-tiba hilang lesap. Surau ditutup, perjumpaan dan perhimpunan tidak dibenarkan.
Tetapi, dicelah-celah itu semua, jangan dilupakan, COVID-19 juga mempamerkan sisi kemanusiaan, pengorbanan barisan hadapan merawat pesakit dan pihak keselamatan yang tidak kira masa menyumbang tenaga menjaga orang ramai supaya wabak tidak menular. Bahkan, rakyat Malaysia begitu pemurah mendermakan pakaian pelindung keselamatan (PPE) kepada yang memerlukan, itu satu sifat terpuji, itu sikap kemanusiaan wajar mendapat penghargaan.
Sesuatu tidak boleh ditolak lagi, itulah kuasa COVID-19, menerkam sesiapa sahaja dan berupaya menjadikan manusia bersifat pentingkan diri sendiri atau manusiawi memikirkan orang lain juga.
Mengambil beberapa latar peristiwa di atas – dari konflik Selatan Thailand, perang periuk api di Kemboja, letusan Marawi, kasih sayang semasa peristiwa banjir di negeri pantai Timur dan kuasa COVID-19, ada ruang terbuka untuk rakaman-rakaman kemanusiaan dipanjangkan dan disebar luaskan. Platform itu, Pertandingan Penulis Muda Kemanusiaan 2020.
Dalam hal ini, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam ICRC, Clara Chooi, meminta para penulis muda segera tampil menumpahkan rakaman peritiwa kemanusiaan ke pentas tulisan melalui pertandingan ini.
Kata Clara, ia adalah satu platform dan pertandingan yang unik kerana terbuka untuk semua wartawan muda dan juga para pelajar, yang mungkin berminat dalam ilmu penulisan kemanusiaan.
“Tahun ini, tema baru tentang pandemik dimasukkan dalam pertandingan ini bersesuaian dengan keadaan dan isu semasa. Sudah pasti banyak peristiwa kemanusiaan yang dapat dikutip daripada isu tempatan dan global untuk dibawa ke pentas pertandingan untuk diadili mutu serta darjahnya.
“Ini kerana, pada akhirnya, laporan kemanusiaan dapat memberi kesan langsung kepada mereka yang memerlukan bantuan, malah dalam keadan yang ekstrem, ia dapat menyelamatkan nyawa,’’ ujar Chooi, yang juga seorang bekas wartawan kepada Astro Awani.
Selain matlamat yang begitu murni mahu dicapai ICRC, Chooi turut menjelaskan matlamat pertandingan adalah bertujuan mempromosikan laporan kemanusiaan, tidak kira yang berlaku dalam radar tempatan mahupun antarabangsa.
Kenyataan Chooi ada asasnya, kerana pada lapis lain, kita memerlukan lebih ramai Hilal Azmi, kita tetap mahu membaca tentang perang Marawi, kita kekal mahu tahu apa terjadi kepada mangsa perang periuk api Kemboja. Malah, kita juga tidak ingin terlepas apa susulan perjuangan nasib jiran di seberang sempadan selatan Thailand. Lebih daripada itu, kita benar-benar mahu jadi prihatin dengan darjah kemanusiaan di celah-celah wabak membunuh COVID-19, yang memberi kesan kepada sesiapa sahaja, tanpa terkecuali kita semua.
Dalam pada itu, tarikh akhir untuk menghantar penyertaan bagi Pertandingan Penulis Muda Kemanusiaan 2020 ialah pada 31 Oktober ini. Ia perlu dihantar ke alamat [email protected] untuk diadili. Pertandingan ini merupakan anjuran ICRC dan Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia, dengan sokongan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Dr Azlinariah Abdullah ialah Editor Berita di Astro Awani dan juga penulis buku “Air Mata Kesengsaraan Rohingya”. Buku kedua beliau, “Pengembara Tanpa Pasport” akan terbit hujung bulan ini.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Azlinariah Abdullah
Thu Oct 22 2020
Bantuan semasa krisis COVID-19 kepada yang memerlukan adalah cerminan semangat kemanusiaan yang tinggi. Sumbangan 200 beg mayat daripada ICRC kepada Jabatan Forensik, Kementerian Kesihatan Malaysia pada Mei 2020. - Gambar ICRC
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.