Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota polis yang kemudiannya menculik dan menyamun seorang mangsa di Seri Botani dekat sini, lima hari lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby berkata, lelaki itu ditahan pada petang Selasa untuk membantu siasatan membabitkan satu laporan polis mengenai kejadian individu menyamar sebagai polis.
Beliau berkata, laporan itu dibuat susulan insiden mangsa telah ditahan oleh suspek yang mengaku sebagai anggota polis pada pukul 8 malam, 9 November lalu ketika mangsa sedang memandu di Seri Botani.
"Mengikut laporan, mangsa telah ditahan oleh suspek atas kesalahan memandu melebihi had laju. Mangsa turut digari dan diberitahu akan dibawa ke balai polis. Namun, akhirnya mangsa menyedari dia sebenarnya diculik oleh suspek.
"Suspek dikatakan merampas kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan telefon bimbit, memukul mangsa sebelum mencampakkannya ke dalam longkang berhampiran. Mangsa berjaya keluar dari longkang itu pada sekitar pukul tiga pagi," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Mohd Ali berkata, kejadian tersebut merupakan insiden terpencil dan polis akan melakukan siasatan segera.
Katanya, tangkapan suspek dijangka membawa kepada penahanan individu lain yang dipercayai terlibat dan masih bebas.
"PDRM akan segera memantau keadaan ini. Orang ramai tidak perlu bimbang. Kami akan memberi makluman dari semasa ke semasa,” katanya.
Nazialita Geynna Maharan
Tue Nov 14 2017
MOHD ALI memberitahu lelaki itu ditahan pada petang Selasa.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.
Kanak-kanak dalam video tular bukan mangsa cubaan culik tapi mangsa amang seksual - Polis
ACP Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.
Orang ramai perlu telus, jujur buat laporan orang hilang - Polis
Pengadu perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan.
20 pelajar perubatan diculik di Nigeria
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo.
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.