awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu

Bernama
Bernama
18/05/2024
15:52 MYT
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Gandingan negara yang dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Farhan Adam (apit kiri) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) tidak berdepan masalah untuk memenangi set pertama 15-6. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Gandingan negara yang dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Farhan Adam (apit kiri) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) tidak berdepan masalah untuk memenangi set pertama 15-6.
Pada set kedua, Malaysia membuat dua pertukaran dengan Muhammad Shahalril Aiman Halim menggantikan Mohamad Azlan dan Muhammad Haziq Hairul Nizam menggantikan Mohammad Syahir sebelum menundukkan trio China, dibarisi Ai Liang, Qin Hao dan Fan Xu, 15-7.
Malaysia akan turun pada perlawanan kedua Kumpulan B menentang Brunei esok.
Sementara itu Farhan ketika ditemui pemberita menyifatkan kemenangan berdepan China tidak mudah memandangkan Malaysia masih belum menemui rentak permainan seperti yang diinginkan.
"Insya-Allah untuk perlawanan seterusnya kami akan tingkatkan lagi permainan," katanya.
Turut mencatat kemenangan pada perlawanan pertama kumpulan hari ini, kuasa besar sepak takraw, Thailand yang menjinakkan Vietnam, 15-7, 15-8 dan akan bertemu Indonesia pada perlawanan kedua Kumpulan A.
Dalam pada itu India menewaskan Jepun 15-10, 15-7 dan akan bertemu Myanmar di perlawanan kedua Kumpulan D.
Manakala Korea Selatan yang menewaskan Filipina 15-12, 8-15, 15-11 akan bertemu Singapura di perlawanan kedua Kumpulan C.
Kesemua perlawanan kedua acara regu peringkat kumpulan akan berlangsung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rentak permainan
#sepak takraw
#Korea Selatan
#perlawanan pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan