awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Ungku Aziz: Isu kemiskinan Melayu dan 4 perkara bentuk sikap

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2020
06:39 MYT
Mengenang Ungku Aziz: Isu kemiskinan Melayu dan 4 perkara bentuk sikap
Ungku Aziz berpendapat peningkatan ekonomi orang Melayu tidak boleh diukur dengan pemilikan ekuiti semata-mata. - Bernama
KUALA LUMPUR:Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan mendedahkan Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid antara lain memberi tumpuan pada satu topik kajian sejak tahun 1960-an, iaitu tentang kemiskinan orang Melayu.
Meskipun sudah merentas beberapa dekad selepas itu, orang Melayu masih belum bebas dari belenggu kemiskinan meskipun sudah muncul golongan menengah dan usahawan dalam kalangan kaum tersebut.
Ungku Aziz kemudiannya bertindak memperkenalkan beberapa gagasan baharu untuk menopang aspek pendidikan dan ekonomi Melayu/Islam.
Berikut adalah antara penulisan Mohd Anwar mengenai dapatan serta tindakan Ungku Aziz berkaitan isu berkenaan, yang pernah disiar di akhbar Berita Harian:
  • Ungku Aziz mencetuskan pelbagai idea praktikal demi memajukan ekonomi, khususnya pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan ekonomi umat Islam, seperti penubuhan koperasi kebangsaan, Tabung Haji, Akademi Islam dan Pusat Asasi Sains.
  • Ungku Aziz berpendapat peningkatan ekonomi orang Melayu tidak boleh diukur dengan pemilikan ekuiti semata-mata. Contohnya, pemilikan saham tidak menjadi tanda aras atau gambaran sebenar tentang tahap ekonomi Melayu keseluruhannya.
  • Beliau juga mendapati terdapat beberapa program bimbingan yang dikhususkan kepada orang Melayu, namun kebanyakan program itu disifatkan seumpama 'hangat-hangat tahi ayam' berikutan pelaksanaannya tidak mampu bertahan lama.
  • Ungku Aziz berpendapat bahawa orang Melayu masih terbelenggu dalam sistem monopoli dan monopsoni, atau secara mudahnya, Melayu masih berdepan penindasan dari pihak penjual dan juga pembeli.
  • Bagi membentuk sikap, Ungku Aziz menyarankan empat perkara yang perlu dibudayakan oleh orang Melayu iaitu - kecemerlangan pendidikan, kesedaran kesihatan yang tinggi, pemakanan yang berkhasiat serta menghindari rasuah.
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa
BACA: Di sebalik insan bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati
BACA: PM, kerajaan zahir ucapan takziah
BACA: Pemergian Prof Ungku Aziz dirasai pelbagai pihak
Topic Berkaitan
#Ungku Abdul Aziz
#Sasterawan Negara
#Tabung Haji
#Akademi islam
#isu kemiskinan orang Melayu
#Ungku Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan