awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Ungku Aziz: Pencetus visi pemikiran relevan merentas zaman

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/12/2020
09:47 MYT
Mengenang Ungku Aziz: Pencetus visi pemikiran relevan merentas zaman
Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid merupakan individu penting di sebalik kelahiran Journal of Commonwealth and Political Studies. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR:Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid ternyata seorang tokoh cendekiawan ulung yang disegani.
Walaupun usianya hampir mencecah 100 tahun, idea-ideanya terus relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa.
Berikut adalah fakta ringkas tentang visi, pemikiran dan juga sumbangannya dalam memperjuangkan ilmu serta pendidikan:
  • Beliau berpendapat bahasa Inggeris perlu dikuasai bagi mendapatkan faedah globalisasi sepenuhnya.
  • Ungku Aziz merupakan individu penting di sebalik kelahiran Journal of Commonwealth and Political Studies.
  • Beliau pernah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarang Journal of Commonwealth and Political Studies pada 1961.
  • Ungku Aziz membawa pembaharuan ideologi kepada Universiti Malaya dalam pelbagai bidang termasuk sains sosial dan kemanusian.
Sementara itu, menerusi penyelidikan, beliau juga mendedahkan beberapa penemuan yang diangkat sebagai rujukan utama kepada para cendekiawan baharu:
  • Mendedahkan pengabaian bersifat sistematik oleh pentadbiran British, iaitu merujuk kepada pengeksploitasian orang tengah serta peminjam wang ketika pentadbiran pasca-kemerdekaan.
  • Ungku Aziz berusaha mencari jalan menamatkan bentuk penganiayaan dan pengabaian yang memberi kesan buruk kepada taraf ekonomi orang Melayu dan Islam.
  • Beliau mewujudkan formula Indeks Sarong sebagai cara mengukur tahap kemiskinan dan mengadakan teori pengabaian sebagai punca kemiskinan luar bandar.
  • Kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) hari ini adalah justifikasi kenyataan Ungku Aziz bahawa DEB membantu orang Melayu untuk terus bersaing dan yakin untuk membina pencapaian mereka.
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Isu kemiskinan Melayu dan 4 perkara bentuk sikap
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa
BACA: Di sebalik insan bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati
BACA: PM, kerajaan zahir ucapan takziah
Topic Berkaitan
#Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid
#Journal of Commonwealth and Political Studies
#Dasar Ekonomi Baru
#cendekiawan ulung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan