Penilaian dan pengurusan jangkaan inflasi isi rumah adalah penting untuk bank-bank pusat kerana unjuran ini boleh mempengaruhi ekonomi utama dan kewangan pelbagai seperti inflasi sebenar, perbelanjaan dan simpanan isi rumah.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata lain-lain bidang ekonomi utama dan kewangan pelbagai terjejas oleh unjuran inflasi ialah penetapan harga dan upah, perbelanjaan dan penilaian aset kewangan.

Dalam sebuah artikel bertajuk "Apabila Masa Depan Bermula Hari Ini: Jangkaan Inflasi Isi Rumah Malaysia" di dalam Laporan Tahunan 2018 yang dilancarkan hari ini, BNM berkata ia kembali kepada keperluan untuk mempunyai pemahaman mendalam mengenai isi rumah, bagaimana isi rumah menwujudkan unjuran inflasi, supaya sebarang strategi menghadapi jangkaan ini berkesan kelak.

"Jangkaan inflasi isi rumah di Malaysia dibentuk dengan mengambil kira 'faktor ke belakang dan ke depan' antaranya faktor pengalaman membeli-belah dan tahap pendapatan semasa, serta prospek masa hadapan ekonomi domestik," dikatakan.

Jangkaan inflasi boleh menyebabkan kesan berpanjangan kepada inflasi sebenar, di mana satu pusingan kenaikan harga mencetuskan beberapa pusingan susulan kerana psikologi inflasi mempengaruhinya.

Justeru, amalan dilakukan oleh bank-bank pusat masa kini melibatkan persediaan inflasi masa depan dan menguruskan unjuran inflasi bagi memastikan kestabilan harga.

Daripada perspektif polisi, elemen ke depan ini membuka pintu kepada pengurusan jangkaan dan komunikasi sebagai alat tambahan kepada dasar monetari.

BNM berkata sumber jangkaan inflasi, serta pencetus sebenar inflasi itu sendiri, perlu dinilai secara holistik bagi pertimbangan dasar monetari.

"Apa yang penting adalah sama ada jangkaan inflasi dan inflasi sebenar adalah kerana permintaan atau didorong oleh pembekalan. Tempoh dari 2007 hingga Julai 2008 merupakan contoh terbaik, ketika itu apabila harga komoditi yang diukur oleh Index Harga Komoditi IMF, meningkat 83 peratus, seterusnya menyebabkan peningkatan inflasi global," katanya.

Beberapa isi rumah cenderung meramalkan inflasi secara berlebihan, ia juga dirujuk sebagai jangkaan bias positif, manakala yang lain mungkin meramalkan meramalkan secara cetek atau sedikit, ia dipanggil jangkaan bias negatif.

Secara purata, kebanyakan jangkaan inflasi isi rumah di Malaysia secara umum adalah pada kadar stabil sebanyak di antara 1.0 hingga 4.0 peratus, menghampiri inflasi sebenar jangka panjang sebanyak 3.0 peratus antara tahun 1980 dan 2018.

BNM berkata ketidaksamaan itu dapat dilihat di Malaysia apabila jangkaan inflasi bias diambil kira bersama kumpulan demografik, tahap pendapatan, saiz isi rumah, umur, status pekerjaan dan wilayah.

Isi rumah berpendapatan rendah, isi rumah yang besar, umur individu, isi rumah kurang jaminan pekerjaan dan isi rumah di Kuala Lumpur mempunyai kecenderungan lebih tinggi bagi jangkaan inflasi.

Sebahagian daripada kumpulan, seperti isi rumah berpendapatan rendah, menggunakan lebih banyak barang keperluan seperti makanan, yang biasanya menunjukkan kadar inflasi lebih tinggi.

Kecenderungan bagi bias menaik bagi kumpulan ini juga mungkin menggambarkan beban sara hidup dan kebimbangan mengenai pendapatan yang tidak mencukupi.

Sememangnya rungutan yang biasa disuarakan oleh kumpulan ini adalah bahawa kadar inflasi tidak mencerminkan kepada kenaikan harga sebenar yang mereka alami.

-- BERNAMA