MEKAH: Dua puluh lapan tahun hidup bersama tanpa anak, isteri kepada Allahyarham Mohd Zahir Ismail, jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia semasa mengerjakan tawaf di Masjidilharam pada Rabu lepas, tidak pernah berasa kesunyian.
Ini kerana, kata Pauziah Othman, 58 tahun, suaminya itu seorang yang kuat mengusik, suka bergurau dan amat menyayangi dirinya.
Justeru, apa yang sangat diingatinya tentang Allahyarham ialah jenaka-jenaka serta baik budi suaminya itu semasa hayatnya.
"Kenangan. Itulah. Dia (Mohd Zahir) seorang yang kuat mengusik, lebih-lebih lagi dengan ibunya yang dia jaga. Dia juga seorang yang baik, banyak bantu orang tidak kira siapa. Lagipun, dia banyak bantu di rumah.
"Dia anak yang taat, jaga ibunya, Zariah Safar yang terlantar sakit. Makan, pakai dan solat ibunya, dia jaga semua. Dia suami yang baik sepanjang hidup dengan saya, cuma kami berdua.
"Sebab kami berdua, selama 28 tahun, susah senang, apa-apa kami kongsi bersama," kata suri rumah ini kepada petugas media yang menemuinya di maktab penginapan di Qasr Jenadriyah, di sini.
Mohd Zahir, 58 tahun, seorang bekas askar, disahkan meninggal dunia oleh Hospital Arab Saudi pada Rabu selepas diserang sakit jantung ketika mengerjakan tawaf.
Semasa kejadian, Allahyarham, dari Kampung Kubur Panjang, Pendang, Kedah, sedang dalam ihram dan menunaikan tawaf umrah pertama bersama-sama isteri dan jemaah dari maktabnya sebelum rebah.
Jenazah disolatkan di Masjidilharam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, di sini, pada petang Khamis.
Disebabkan Allahyarham meninggal dalam ihram, selesai mandi jenazah Mohd Zahir dikafan menggunakan kain ihram yang sama, di mana jenazah tidak ditutup muka, malah dikebumikan juga dalam keadaan sebegitu.
Menceritakan detik-detik suaminya itu jatuh dan meninggal dunia, Pauziah berkata, suaminya itu mengadu penat semasa mengerjakan tawaf.
"Dia mengadu sangat penat. Apabila sampai pusingan ketujuh, dia mengadu lagi. Tetapi saya mintanya bersabar dan ajaknya tawaf secara perlahan-lahan dan bersama-sama habiskannya.
"Saya tidak nampak dia kerana duduk di depan, sementara Allahyarham di belakang.
"Selesai pusingan, apabila kami berjalan mahu solat, dia yang berpaut pada saya, jatuh. Saya juga ikut jatuh sebab dia berpaut pada saya.
"Semasa jatuh terlentang di atas lantai, matanya masih terbuka, tetapi tidak bercakap," katanya.
Selepas itu, Pauziah berkata, ada petugas memaklumkan kesahihan berita kematian Mohd Zahir selepas beberapa jam.
Tambahnya, semasa kejadian, terdapat ramai orang di kawasan tawaf termasuk pasukan penguat kuasa berpakaian seragam yang membantu membawa Allahyarham ke hospital.
Ditanya gurauan Mohd Zahir yang paling diingatinya, Pauziah berkata, Allahyarham ada banyak jenaka dan usikan, tetapi yang dia paling suka usik ialah ibunya.
"Ibunya sakit sudah lama. Selepas abangnya meninggal dunia kerana kanser sebulan sebelum kami berdua berangkat ke Tanah Suci, suami ajak ibunya tinggal bersama di rumah kami.
"Tetapi, ibunya itu selalu menyebut ingin pulang ke rumah sendiri, dan Allahyarham mengusik dengan mengatakan jika ibunya itu boleh berjalan, dia boleh balik ke rumah sendiri," kongsi Pauziah.
Katanya lagi, semasa mereka mengerjakan haji, cucunya iaitu anak kepada abangnya yang sudah meninggal dunia, menjaga ibu mentuanya itu.
"Dulu, cucu itu jaga ayahnya yang sakit kanser, kini jaga nenek pula, sebab kami berdua pergi haji," ceritanya dengan tenang.
Dalam pada itu, beberapa petugas kebajikan Lembaga Tabung Haji (TH), kaunselor serta pembimbing ibadat dan pakar rujuk turut menziarahi Pauziah bagi memberi bantuan sewajarnya.
Begitu juga, pihak Mashariq akan membina telaga dalam kawasan Tanah Haram, sumbangan untuk pembinaan masjid, sedekah kepada fakir miskin, anak yatin dan tahfiz dengan kesemuanya disedekah dan diniatkan ke atas nama Mohd Zahir dan Pauziah, untuk pahala dan amal jariah yang berterusan.
Mashariq yang sebelum ini dikenali sebagai Muassasah Tewafa Asia Tenggara, bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan perkhidmatan asas untuk jemaah haji Malaysia khususnya kemudahan ketika berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina pada waktu puncak ibadah haji atau masyair.
Selain itu, urusan bimbingan dan pandu arah kepada jemaah haji seperti ketika menunaikan umrah pertama serta melontar di jamrat akan diurus serta disediakan oleh pihak Mashariq.
Kos sambutan jemaah haji Malaysia memasuki Mekah dan penghantaran mereka keluar dari Mekah sama ada ke Madinah ataupun Malaysia, dan tempoh berada di Mekah turut dikendalikan Mashariq.
Pada 24 Mei lalu, seorang jemaah lelaki berusia 72 tahun dari Kubang Pasu, Kedah meninggal dunia di sebuah hospital di Mekah.
Abnil Hajar Ismail, menjadi jemaah haji Malaysia pertama meninggal dunia di Tanah Suci di mana punca kematiannya ialah akibat pembuluh darah pecah.
Tahun ini, kuota rasmi jemaah haji Malaysia ialah seramai 31,600 orang dan sehingga kini 68 peratus daripadanya sudah berada di Mekah.
Azlinariah Abdullah
Fri May 31 2024
PAUZIAH: Dia suami yang baik sepanjang hidup dengan saya, cuma kami berdua. Sebab kami berdua, selama 28 tahun, susah senang, apa-apa kami kongsi bersama. - Foto Tabung Haji
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian jemaah haji
Presiden Tunisia memecat Menteri Hal Ehwal Agama selepas berpuluh-puluh jemaah haji Tunisia meninggal dunia ketika menunaikan haji.
Meninggal di Mekah: Arwah anak yang taat, suami yang baik - Isteri
Pauziah mengenang suaminya sebagai seorang yang kuat mengusik, suka bergurau dan amat menyayangi dirinya.
Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah
Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.
Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia
Kematian lelaki berusia 72 dan 60 tahun itu masing-masing disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru serta serangan angin ahmar dan kegagalan jantung.
Seorang jemaah haji meninggal dunia di Makkah
Wanita berusia 57 tahun dari Raub, Pahang itu meninggal dunia di Pusat Rawatan Tabung Haji, Makkah akibat kegagalan jantung.