Menteri-menteri Alam Sekitar Malaysia dan Singapura mengkaji kemajuan usaha yang dijalankan oleh Jawatankuasa Bersama Ke-28 Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataan berkata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr James Dawos Mamit menjadi hos kepada program Pertukaran Lawatan Tahunan ke-27 antara kementerian alam sekitar Malaysia dan Singapura pada 25 Nov lepas di sini.
Delegasi Singapura diketuai oleh Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Dr Vivian Balakrishnan.
Pada 24 Nov lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Zoal Azha Yusof dan Setiausaha Tetap Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Choi Shing Kwok mempengerusikan bersama Jawatankuasa Bersama Ke-28 Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar.
Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai:
i) Kawalan Pelepasan Asap Kenderaan
ii) Pemantauan Bersama Kualiti Air di Selat Johor
iii) Laporan Kemajuan mengenai Pemantauan Ekologi dan Morfologi di dalam dan
di sekitar Selat Johor
iv) Pelan Tindakan Kecemasan bagi Tumpahan Bahan Kimia di Laluan Kedua Malaysia-Singapura
v) Pelan Tindakan Kecemasan bagi Tumpahan Bahan Kimia di Selat Johor Timur
vi)Kerjasama dalam Latihan antara Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) dan Institut Alam Sekitar Singapura.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri itu juga membincangkan projek penambakan laut di Selat Johor dan kesannya terhadap rentas sempadan.
Malaysia terus bertukar-tukar maklumat dan perkembangan terkini kemajuan mengenai projek pembangunan berhubung Selat Johor, katanya.
Malaysia mengulangi bahawa ia akan terus komited dalam memenuhi tanggungjawabnya mengikut prinsip am undang-undang antarabangsa dan khususnya, Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa Bersatu 1982.
"Malaysia mengambil kira peruntukan Perjanjian Penyelesaian 2005 antara Malaysia dan Singapura untuk pertukaran maklumat dan perbincangan menyentuh mengenai perkara-perkara yang menyentuh persekitaran masing-masing di Selat Johor," kata kenyataan itu.
Pertukaran Lawatan Tahunan Malaysia dan Singapura dijadual berlangsung di Singapura tahun depan.
Bernama
Sat Nov 29 2014
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr James Dawos Mamit menjadi hos kepada program Pertukaran Lawatan Tahunan ke-27 antara kementerian alam sekitar Malaysia dan Singapura pada 25 Nov lepas di sini.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Persatuan teksi setuju kerajaan haram kenderaan NGV, yakin dapat subsidi petrol khas
Gabungan Teksi Malaysia (GTM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengharamkan kenderaan gas asli (NGV) berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.
Analisis lanjut bagi ketahui punca pencemaran Pantai Esen - Exco
Bendasing yang menyebabkan pencemaran Pantai Esen di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas dekat sini masih belum diketahui.
Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin
Kerajaan Selangor sedang memuktamadkan mekanisme mampan bagi meningkatkan amalan kitar semula di setiap kawasan kejiranan di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
EU tetapkan had pencemaran udara yang lebih ketat mulai 2030
Kira-kira 300,000 kematian setiap tahun di EU boleh dikaitkan akibat kesihatan pencemaran udara.
Sasar Sarawak Delta Geopark dapat pengiktirafan UNESCO menjelang 2026 - Abang Johari
Pengiktirafan Sarawak Delta Geopark kelak akan memberikan kesan positif kepada kualiti industri pelancongan Sarawak.
Sisa vape ancaman terbaharu kepada pantai - Aktivis
Bahan buangan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) termasuk peranti dan aksesori vape menjadi ancaman terbaharu kepada pantai.