awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Besar, Exco Selangor angkat sumpah hari ini

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2023
23:45 MYT
Menteri Besar, Exco Selangor angkat sumpah hari ini
Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan akan diadakan pada jam 11 pagi di Istana Alam Shah, Klang. - Foto Facebook/Lawatan Istana Alam Shah
KUALA LUMPUR: Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor dan barisan Exco akan berlangsung hari ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan akan diadakan pada jam 11 pagi di Istana Alam Shah, Klang.
Manakala Istiadat Angkat Sumpah Exco juga akan diadakan pada hari dan tempat yang sama, pada jam 2 petang.
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya 12 Ogos lepas.
Sebelum ini, pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengumuman mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu akan dilakukan pihak Istana.
Sumber menyebut, Amirudin dicadangkan untuk kekal mengetuai kerajaan negeri bagi penggal ke-15.
Bagaimanapun, beberapa nama lain turut disebut sebagai Menteri Besar baharu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Dr Fahmi Ngah dan ADUN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#angkat sumpah
#Istana Alam Shah
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan