Menteri-menteri dan ahli politik mengucapkan selamat maju jaya kepada calon Majlis Tertinggi (MT) di Pemilihan UMNO hari ini.

Mereka mengambil peluang menyampaikan ucapan selamat itu kepada calon-calon yang bertanding di laman Twitter masing-masing.

Rata-ratanya mengharapkan ahli-ahli UMNO memilih calon perwakilan dengan tepat demi masa depan parti.







Sebelum itu, BERNAMA melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menulis di Twitternya meminta anggota perwakilan memilih calon yang terbaik.

Najib turut berasa bangga dengan pemilihan UMNO kali ini yang menggunakan sistem pemilihan lebih demokratik.



Mesyuarat perwakilan dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi serta wakil bahagian UMNO bermula serentak di 191 bahagian pada 8 pagi ini.

Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti berbanding 2,500 perwakilan sebelum ini.