KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Hari Pekerja, beberapa Menteri Kabinet hari ini mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan pekerja dalam semua sektor bagi membangunkan negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi catatan di Facebook hari ini berkata bagaimanapun terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan bersama.
"Sempena sambutan Hari Pekerja pada tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja di semua sektor yang telah menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan Malaysia seperti mana hari ini.
"We have a lot more to do, and we have to do it together (Banyak perkara yang perlu kita lakukan, dan kita perlu lakukan bersama-sama).
"Terima kasih atas sumbangan anda semua dan teruskan usaha ke arah membina Malaysia MADANI. Selamat Hari Pekerja kepada semua!" katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pula berkata Hari Pekerja adalah hari untuk mengingati dan menghargai sumbangan golongan pekerja yang banyak menyumbang ke arah memberikan khidmat terbaik demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat, sekali gus membantu dalam menjana ekonomi dan memakmurkan negara.
"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi dan khidmat bakti semua pekerja baik di sektor awam, swasta, mahu pun yang bekerja sendiri.
"Terima kasih kerana telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara tercinta.
"Kepada mereka yang masih berkhidmat tak kira di sektor awam, mahu pun swasta, teruskan semangat untuk bekerja dengan lebih baik dan penuh dedikasi demi Malaysia MADANI.
"Negara kita, tanggungjawab kita... sama-sama kita memberikan yang terbaik demi rakyat dan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohammad Sabu yang turut berterima kasih kepada golongan pekerja berkata semua pihak perlu terus berkerja keras untuk membangunkan negara termasuk dalam bidang pertanian bagi menjamin sekuriti makanan negara.
"Ucapan terima kasih kepada semua di atas usaha dan penat lelah membangunkan negara ini sehingga menjadi sebuah negara yang maju, aman dan damai serta dihormati dunia.
"Buat para petani, nelayan, penternak serta seluruh pekerja dalam sektor pertanian, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh.
"Apa yang kita sedang lakukan hari ini adalah fardu kifayah dan insya-Allah pastinya akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT," katanya.
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang berkhidmat dengan penuh amanah dan dedikasi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pula berkata golongan pekerja menjadi sebahagian besar penyumbang kepada ekonomi negara selain menghargai penat lelah golongan itu.
"Saya mengagumi iltizam rakyat Malaysia yang terus menjadi penggerak ekonomi negara, bergembleng tenaga dalam memastikan Malaysia yang kita cintai ini terus membangun dan kompetitif di persada antarabangsa," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata umat Islam dituntut untuk tekun dalam setiap pekerjaan yang dilakukan manakala Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pula berkata Hari Pekerja adalah pengiktirafan kerajaan kepada dedikasi, sumbangan dan kejayaan warga pekerja di negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula menyifatkan golongan pekerja adalah tulang belakang kepada pembinaan negara bangsa dan Kerajaan Perpaduan melalui gagasan Malaysia MADANI menurutnya akan terus komited dengan pelbagai pembaharuan serta inisiatif bagi memastikan pengorbanan, jerih perih golongan pekerja sentiasa terbela.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata pada separuh pertama tahun ini, kerajaan telah melaksanakan beberapa misi diplomatik dan lawatan ke China menyaksikan kejayaan menandatangani kerjasama perdagangan berjumlah RM170 bilion.
"Mari kita menghargai dan memuji kerja keras rakyat Malaysia, memimpin jalan menuru seterusnya untuk kita berani dan cekal.
"Melihat kepada keadaan semasa, negara kita akan memasuki era baharu tidak lama lagi.
"Sehubungan itu, saya menggesa seluruh ahli industri, daripada peringkat pengurusan hingga pekerja untuk meneruskan kecemerlangan dalam memupuk kecekapan. Ini akan memacu negara untuk mencapai tahap yang lebih tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023
Ahmad Zahid Hamidi menerusi catatan di Facebook hari ini berkata bagaimanapun terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan bersama. -Facebook Ahmad Zahid Hamidi
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Tak dapat jadi TPM, Menteri Luar Thailand letak jawatan
Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini, selepas tidak dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet.
20 tentera maut, gudang peluru di Kemboja meletup
Sebuah gudang peluru tentera meletup pada Sabtu membunuh sekurang-kurangnya 20 tentera dan mencederakan beberapa yang lain di tengah Kemboja.
Tumpuan Isnin - 29 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.