awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong

Bernama
Bernama
18/07/2024
15:48 MYT
Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Gambar fail/REUTERS
SINGAPURA: Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata Lee adalah antara kumpulan pemimpin asing terpilih yang diundang oleh Seri Paduka Baginda untuk menghadiri istiadat pertabalan itu.
Semasa lawatan berkenaan, bekas perdana menteri itu akan menghadiri istiadat pertabalan dan Majlis Santapan Diraja.
Lee juga akan bertemu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Raja-Raja Melayu, Menteri dan pemimpin Malaysia, serta berucap pada majlis makan malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur.
Beliau juga akan menghadiri majlis resepsi untuk warga Singapura di luar negara yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.
Lee akan diiringi oleh isterinya Ho Ching, Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan dan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad, dan Menteri Negara Kanan bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Low Yen Ling, yang juga merupakan Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan Perusahaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Hsien Loong
#Menteri Kanan Singapura
#lawat Malaysia
#Istiadat Pertabalan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan