awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kesihatan jamin tiada tindakan terhadap doktor kontrak sertai hartal

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/07/2021
10:33 MYT
Menteri Kesihatan jamin tiada tindakan terhadap doktor kontrak sertai hartal
Beberapa inidividu keluar dari Hospital Serdang bagi menunjukkan sokongan pada Hartal Doktor Kontrak yang diadakan serentak di seluruh Malaysia pada Isnin. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberi jaminan bahawa tiada tindakan bakal diambil terhadap doktor kontrak yang menyertai hartal pada Isnin.
Keputusan itu disokong beberapa Ahli Parlimen termasuk bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.
"Insya-Allah tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka walaupun semalam mereka keluar demonstrasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas pada Selasa.
Kenyataan beliau mendapat respons positif daripada Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang.
Begitupun, mereka menegaskan isu tersebut harus diselesaikan terus dengan memenuhi permintaan daripada doktor kontrak.
Dr Dzulkefly turut berterima kasih kerana tiada tindakan bakal dikenakan terhadap doktor kontrak yang menyertai hartal semalam.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai perubatan yang menyertai Hartal Doktor Kontrak pada Isnin.
Tiada tindakan disiplin terhadap #HartalDoktorKontrak - Adham Baba
BACA: Isu doktor kontrak: PM kemuka penyelesaian segera, arah pelan komprehensif
Presidennya, Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mengulas lanjut, Adnan berharap agar kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan berkenaan dengan sewajarnya.
Malah tambahnya, satu tempoh masa yang jelas perlu ditetapkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melihat semula penempatan doktor yang bukan pada skop dan fungsi asalnya.
Katanya, Cuepacs juga berharap agar kerajaaan dapat membuka ruang bagi doktor-doktor kontrak melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan kepakaran di mana-mana institusi yang diiktiraf kerajaan.
Pada Isnin, puluhan pegawai perubatan kontrak di hospital di beberapa negeri terbabit dalam Hartal Doktor Kontrak atau mogok umum dengan keluar beramai-ramai dari fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja tepat pukul 11 pagi Isnin.
Hartal Doktor | Kami hanya mahu didengar - Doktor kontrak
Topic Berkaitan
#hartal
#Doktor
#kontrak
#Adham Baba
#Menteri Kesihatan
#cuepacs
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Parlimen
#pembangkang
#kerajaan
#mogok
#Dr Dzulkefly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan