NATIONAL
Menteri Luar Arab Saudi, Malaysia bincang hubungan dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN-GCC

Pertemuan tertutup itu membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi serta bertukar pandangan mengenai beberapa isu geopolitik semasa yang menjadi kepentingan bersama. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, di luar Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Ringkasan AI
- Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, bagi membincangkan pengukuhan hubungan dua hala dan isu geopolitik semasa.
- Pertemuan itu berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua di Kuala Lumpur, yang menjadi platform penting memperdalam kerjasama strategik antara dua blok serantau dalam bidang politik, ekonomi dan keselamatan.
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 diadakan di bawah Kepengerusian Malaysia bertemakan -Keterangkuman dan Kelestarian-, menandakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN.
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC menjadi platform untuk menggalakkan dialog dan kerjasama antara rantau dalam menghadapi ketidaktentuan global dan landskap geopolitik yang kian berubah.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia yang bertemakan "Keterangkuman dan Kelestarian", serta turut menandakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami