awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Brazil adakan lawatan rasmi ke Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2024
00:20 MYT
Menteri Luar Brazil adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini (24 Ogos). - Gambar fail Reuters
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini (24 Ogos).
Dalam satu kenyataaan yang dikeluarkan, Wisma Putra berkata, ini merupakan lawatan pertama Vieira ke Malaysia sejak menyandang jawatan sebagai Menteri Luar pada 1 Januari 2023.
Dalam rangka lawatan ini, Vieira akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan beliau, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kata Wisma Putra, kedua-dua Menteri Luar Negeri ini dijangka membincangkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua buah negara, termasuk perdagangan dan pelaburan, industri Halal serta hubungan antara rakyat.
Kedua-dua pihak juga akan bertukar pendapat mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Vieira turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Brazil merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin.
Pada 2023, Malaysia dengan Brazil mencatat jumlah dagangan sebanyak RM17.46 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding RM16.86 bilion yang dicatatkan pada 2022.
Topic Berkaitan
#Menteri Luar Brazil
#Mauro Vieira
#Wisma Putra
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan