awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah pengerusikan mesyuarat Kerangka Dasar Luar Negeri

Bernama
Bernama
30/09/2021
14:18 MYT
Menteri Luar Saifuddin Abdullah pengerusikan mesyuarat Kerangka Dasar Luar Negeri
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mempengerusikan mesyuarat kali kedua Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri (CCFP). - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mempengerusikan mesyuarat kali kedua Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri (CCFP) .
Menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia, mesyuarat itu telah membincangkan draf Kerangka Dasar Luar Negeri yang memberikan pendekatan dan penekanan yang baharu kepada isu-isu tertentu.
Isu-isu tertentu itu adalah: (i) menggiatkan semula hubungan Malaysia dengan ekonomi global; (ii) diplomasi kesihatan; (iii) ekonomi digital; (iv) keselamatan siber; (v) diplomasi kebudayaan; (vi) hidup bersama dalam budaya damai; (vii) mendukung prinsip multilateralisme; dan (viii) Matlamat Pembangunan Mampan.
"Selain itu, saya telah melantik dua orang ahli baru CCFP iaitu Encik Anuar Ismail, Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Kawal Selia, Strategi Korporat, PETRONAS, dan Dr. Hoo Chiew Ping, Pensyarah Kanan Program Strategi dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," kata Saifuddin yang juga merupakan pengerusi CCFP.
Pelantikan ini adalah berdasarkan pengetahuan serta kepakaran mereka dalam bidang masing-masing yang dianggap berupaya menyumbang ke arah proses penggubalan dasar luar negeri yang pragmatik serta berdaya tahan bagi menghadapi cabaran semasa.
Draf Kerangka Dasar Luar Negeri ini kemudiannya akan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa di Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar
#Saifuddin Abdullah
#mesyuarat Kerangka Dasar Luar Negeri
#Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri
#CCFP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan