awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri, orang kenamaan masih termaktub undang-undang had laju - KP JPJ

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2016
09:19 MYT
Menteri, orang kenamaan masih termaktub undang-undang had laju - KP JPJ
Hanya kenderaan rasmi dan dengan kenderaan pengiring diberi kelonggaran melepasi had laju dalam situasi tertentu. - Gambar hiasan
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, semua menteri dan orang kenamaan masih termaktub kepada had kelajuan mengikut undang-undang lalu lintas sedia ada.
Bagaimanapun, terdapat kelonggaran melibatkan urusan-urusan rasmi kerajaan dengan syarat mereka diiringi anggota polis trafik bagi memastikan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain lebih selamat.
“Tidak kira siapapun, semua tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang ada. Sebenarnya, menteri boleh bawa lebih daripada had, namun dengan syarat ada kenderaan pengiring contohnya khidmat daripada Polis Diraja Malaysia.
“Isunya sekarang ialah keselamatan. Kalau ada pengiring, kelajuan itu mungkin boleh lebih sikit (daripada had) kerana apabila ada pengiring, maknanya kenderaan itu selamat.
“Tapi dalam keadaan biasa, itu tertakluk kepada peraturan sedia adalah,” ujar Ismail.
Ismail berkata demikian dalam sidang media berhubung isu saman kenderaan rasmi kerajaan mengikut peraturan had laju seperti yang ditetapkan JPJ selepas majlis pelancaran ‘Jom JPJ’ peringkat negeri Pulau Pinang di Dewan Millenium Kepala Batas pada Sabtu.
Katanya, kenderaan rasmi kerajaan kadangkala perlu melebihi had laju yang ditetapkan kerana terpaksa bergerak ke satu lokasi ke satu lokasi dalam masa yang singkat atas urusan kerajaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam satu kenyataan pada Khamis mendakwa kenderaan rasmi kerajaan yang dipandu melebihi had laju ketika digunakan untuk urusan rasmi kerajaan tidak dikenakan saman.
Jelasnya, jika terdapat keperluan untuk kereta rasmi kerajaan bergerak laju atas urusan rasmi kerajaan, perkara itu dimaklumkan terlebih dulu kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Topic Berkaitan
#kawalan keselamatan
#kenderaan pengiring
#kenderaan rasmi tidak kena saman
#Ketua Pengarah JPJ
#saman had laju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan