PUTRAJAYA: Menu Keluarga Malaysia bernilai RM3.50 di bawah inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia, hendaklah bersesuaian dan mengambil kira kepelbagaian komposisi kaum di institusi pendidikan tinggi (IPT), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Noraini dalam kenyataan hari ini berkata, ia adalah antara keputusan yang dipersetujui dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia pada Selasa lepas (12 Julai), yang turut dihadiri pengurusan tertinggi atau wakil universiti awam (UA), institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan (MPPK).
Beliau berkata Pasukan Pemantau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Kos Sara Hidup Siswa (KPTPantau) juga akan melaksanakan pemantauan berterusan terhadap kenaikan harga atau kos barangan dan perkhidmatan yang melibatkan sara hidup siswa di IPT.
Mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju bahawa satu pelan tindakan yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasa kebajikan siswa, katanya.
"Selain daripada aspek kos makanan, pelan ini turut mengambil kira konteks sara hidup siswa yang lebih luas. Ini termasuklah aspek keperluan pengajaran dan pembelajaran seperti pelan data dan peranti, penginapan, pengangkutan dan yuran," katanya.
Noraini berkata mesyuarat jawatankuasa itu bersetuju inisiatif Food Bank Siswa diperkasa menerusi penubuhan hab Food Bank Siswa yang akan berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barang keperluan siswa.
Enam hab akan ditubuhkan mengikut zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak dan sebagai projek rintis, katanya, Universiti Kebangsaan Malaysia bersetuju untuk beroperasi sebagai hab bagi Zon Tengah.
Noraini berkata mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju kadar upah bagi Program Job on Campus (JoC) di peringkat IPT diteliti semula agar selaras dengan Perintah Gaji Minimum 2022.
"Pihak IPT turut disaran untuk meningkatkan jumlah penempatan JoC supaya lebih ramai pelajar, khususnya golongan berkeperluan dibantu dan memperoleh manfaat menerusi program tersebut," katanya.
Noraini berkata KPT akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Kewangan bagi melihat kebolehlaksanaan pemberian rebat atau pengecualian cukai kepada para penyumbang yang menyalurkan tajaan dalam pelbagai bentuk berkaitan keperluan siswa, termasuklah bantuan tunai, barangan atau perkhidmatan.
"Ini bagi menggalakkan kolaborasi bersama pihak korporat, industri dan juga orang perseorangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022

Noraini berkata, satu pelan tindakan yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasa kebajikan siswa. - Gambar fail
Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia
Bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, hari ini.

'KKM perlu beri lebih tumpuan kepada kes bunuh diri remaja' - Sivaraj
Sivaraj menambah, menurut laporan sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada 2022.

Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.

UPSI guna tiga cara bantu mahasiswa depani kenaikan harga barang
UPSI dan pengusaha kafeteria di kampus bekerjasama dalam memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara.