awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menyamar wanita perdaya mangsa sertai pelaburan bitcoin palsu

Sinar Harian
Sinar Harian
21/07/2022
23:50 MYT
Menyamar wanita perdaya mangsa sertai pelaburan bitcoin palsu
Pihak polis merampas lima komputer riba dan 16 telefon bimbit dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah. - Foto PDRM
KAJANG: Seramai lima ahli sindiket penipuan pelaburan mata wang bitcoin ditahan menerusi serbuan ke atas sebuah kondominium di Batu 9, Cheras di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, serbuan jam 8 malam itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang dan IPD Petaling Jaya.
Menurutnya, premis tersebut dijadikan pusat panggilan oleh sindiket untuk mencari mangsa menerusi platform media sosial dengan cara menyamar sebagai wanita dan memujuk mangsa supaya menyertai pelaburan mata wang kripto palsu.
"Kesemua suspek didapati menyamar sebagai wanita di laman media sosial untuk menarik perhatian mangsa.
"Mangsa kemudian dipujuk untuk menyertai pelaburan bitcoin atas talian yang menggunakan platform Veltratrading.net," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Zaid berkata, sindiket tersebut dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu dengan menyasarkan lelaki tempatan sebagai mangsa.
Beliau berkata, pasukan serbuan berjaya merampas lima buah komputer riba dan 16 unit telefon bimbit dipercayai digunakan untuk aktiviti penipuan berkenaan.
Katanya, kesemua lelaki yang merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 23 hingga 32 tahun tersebut direman sehingga Jumaat untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang telah menjadi mangsa penipuan sindiket ini dinasihatkan untuk tampil membuat laporan polis di balai polis berdekatan atau boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Tanaseelan di talian 012-4416412.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Veltratrading
#penipuan pelaburan mata wang
#pelaburan bitcoin palsu
#serbuan di kondominium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan