PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) kehilangan tokoh penting yang kembali mengadap Pencipta, Allah azza wajalla iaitu al-Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sesungguhnya pemergian kerahmatullah adalah satu kehilangan yang sukar dicari ganti khususnya kepada PAS dan amnya kepada negara serta seluruh umat Islam.
Allahyarham adalah pemimpin, guru, bapa dan sahabat yang telah mendamba dan memperhambakan diri kepada al-Khaliq dengan teguh menyambung usaha Rasulullah SAW dan para Nabi menegakkan risalah agama ini.
Dunia dan umat kurun ini telah menyaksikan, bahawa telah meletakkan bumi Serambi Makkah yakni Kelantan ke peta dunia dalam istiqamahnya beliau memartabatkan Islam di negeri itu.
Allahyarham juga negarawan di mana telah melakar sejarah sejak usia mudanya bersama PAS untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, sebagaimana nyata di dalam Perlembagaan PAS.
Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga seorang ulama yang tekun menyebar aqidah Islam dan bertegas terhadap semua idealogi asing.
Pemergian Allahyarham telah meninggalkan tapak kukuh dan jasa yang mesti dilangsungkan oleh generasi Islam hari ini dengan itqan sebagaimana telah diteladaninya.
Antaranya untuk melaksanakan Enakmen Syariah dalam perundangan negeri Kelantan, menjadi amanah dan warisan yang wajib disambung.
Semoga roh Allahyarham berbahagia di sisi Allah dan dipertemukan dengan roh Rasulullah yang dicintanya sepanjang hidup.
Saya merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta para pendokong dan penyokong PAS semoga kita redha dan sama-sama bersabar menghadapi saat-saat sukar ini.
DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Media Statement
Sat Feb 14 2015
HADI: Pemergian Allahyarham meninggalkan tapak kukuh dan jasa yang mesti dilangsungkan oleh generasi Islam dengan itqan sebagaimana diteladaninya.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Allahyarham Zulkifli Zain seniman berprinsip - Eman Manan
Jenazah pelakon veteran Datuk Zulkifli Zain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Ustaz Ismail Kamus
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus yang meninggal dunia, tengah malam tadi.
Iklan 'Kasut Gombak' perkenalkan Ashraf Sinclair dalam industri seni
Ingat lagi atau tidak iklan Petronas bertajuk Kasut Gombak pada sambutan ulangan tahun Hari Kemerdekaan negara ke-41, pada 1998?
"Zaman dulu orang tak berapa pandang pelawak..." - Perkongsian Afdlin Shauki undang sebak
Doakan yang terbaik
Susilo rakam lagu buat arwah isterinya
Susilo Bambang Yudhoyono keluarkan sebuah video nyanyiannya sebagai penghormatan kepada Allahyarham isterinya, Kristiani Herawati atau lebih mesra disapa Ibu Ani Yudhoyono.
Allahyarham Dr Md Farid selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Hj Ahmad Kampung Chokoh, Pontian pukul 5.05 petang tadi.
BJ Habibie bapa teknologi penerbangan Indonesia
Pemergian Presiden Ketiga Republik Indonesia BJ Habibie meninggalkan legasi kejuruteraan pesawat di Indonesia.
Hina pemergian Adib, kakitangan Honda Sri Utama digantung
Honda kesan kakitangannya tinggal komen tidak sensitif terhadap kematian Muhammad Adib
Anak Allahyarham Sanusi syukur dapat tunai hasrat bapa
Anak Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid tidak menyangka niat bapanya yang mahu makan tengah hari bersama keluarga minggu lepas menjadi permintaan terakhir sebelum bapanya itu meninggal dunia pagi tadi.
Pengasas seni silat lincah, Omardin meninggal dunia
Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal awal pagi ini, akibat komplikasi buah pinggang.