Jenazah pelakon veteran Datuk Zulkifli Zain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini hari ini.
Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Ukay Perdana sejurus tiba di tanah perkuburan itu pada kira-kira 12 tengah hari.
Selain keluarga, beberapa teman rapat dan rakan seni Allahyarham turut kelihatan di tanah perkuburan tersebut, antaranya Eman Manan, Datuk Yusof Haslam dan Datuk Rosyam Nor.
Zulkifli, 76, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ukay Perdana kira-kira 7.30 malam semalam akibat komplikasi pelbagai penyakit antaranya darah tinggi, kencing manis, jantung serta buah pinggang dan telah beberapa kali dimasukkan ke hospital.
BACA: Pelakon veteran Zulkifli Zain meninggal dunia
Allahyarham yang juga bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, memulakan karier sebagai pelakon melalui filem Jiwa Remaja pada 1975 dan berlakon dalam lebih 10 buah filem selain beratus-ratus drama sepanjang menceburi dunia seni hiburan.
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Normala Omar dan lima anak iaitu Dr Norzizi, Norzaza, Norzazila, Norzazleen dan Muhammad Noor Zabaiq.
Anak sulung perempuannya yang juga pensyarah, pelakon dan pengarah teater Dr Norzizi berkata, beliau berada di samping bapanya itu semasa arwah menghembuskan nafas terakhir.
"Memang rutin saya pergi ke rumahnya setiap hari Sabtu untuk bergilir menjaga papa. Selang setengah jam selepas baring di katil, adik saya masuk ke bilik (dan) nampak papa bernafas tercungap-cungap.
"Papa 'pergi' dengan tenang dan cepat, macam sukar nak percaya," katanya, sambil menambah antara permintaan terakhir arwah bapanya ialah agar beliau meneruskan pengajian dan bergelar profesor madya.
Sementara itu, pelakon Eman Manan ketika ditemui berkata, Allahyarham merupakan seorang yang kuat semangat dan berprinsip dalam bidang kerjaya dan rumah tangga.
"Menerusi filem pertama saya, Matinya Seorang Patriot pada 1984, arwah memegang watak penting dalam filem itu iaitu sebagai abang kepada saya. Banyak ilmu lakonan dan filem yang saya belajar bersamanya seperti bagaimana untuk menelaah skrip," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 06 2020
Zulkifli Zain yang berusia 76 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ukay Perdana kira-kira 7.30 malam semalam akibat komplikasi pelbagai penyakit. - Gambar fail
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Indonesia transformasi sektor teknologi, kurangkan pergantungan kepada pasaran luar
Joko Widodo sedang mendorong transformasi dalam sektor teknologi negara dalam mengubah statusnya daripada sebuah negara pengguna kepada pengeluar.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Jangan abaikan suara wanita dalam proses keamanan dan keselamatan - Noraini
Pandangan dan suara wanita tidak seharusnya diabaikan dalam membuat keputusan berkaitan kemananan dan keselamatan.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Wisma Putra sahkan letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Narathiwat
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai di wilayah Narathiwat, Thailand pada 9.35 malam waktu tempatan Isnin (6 Mei).
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Allahyarham Zulkifli Zain seniman berprinsip - Eman Manan
Jenazah pelakon veteran Datuk Zulkifli Zain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Ustaz Ismail Kamus
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus yang meninggal dunia, tengah malam tadi.
Iklan 'Kasut Gombak' perkenalkan Ashraf Sinclair dalam industri seni
Ingat lagi atau tidak iklan Petronas bertajuk Kasut Gombak pada sambutan ulangan tahun Hari Kemerdekaan negara ke-41, pada 1998?
"Zaman dulu orang tak berapa pandang pelawak..." - Perkongsian Afdlin Shauki undang sebak
Doakan yang terbaik
Susilo rakam lagu buat arwah isterinya
Susilo Bambang Yudhoyono keluarkan sebuah video nyanyiannya sebagai penghormatan kepada Allahyarham isterinya, Kristiani Herawati atau lebih mesra disapa Ibu Ani Yudhoyono.
Allahyarham Dr Md Farid selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Hj Ahmad Kampung Chokoh, Pontian pukul 5.05 petang tadi.
BJ Habibie bapa teknologi penerbangan Indonesia
Pemergian Presiden Ketiga Republik Indonesia BJ Habibie meninggalkan legasi kejuruteraan pesawat di Indonesia.
Hina pemergian Adib, kakitangan Honda Sri Utama digantung
Honda kesan kakitangannya tinggal komen tidak sensitif terhadap kematian Muhammad Adib
Anak Allahyarham Sanusi syukur dapat tunai hasrat bapa
Anak Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid tidak menyangka niat bapanya yang mahu makan tengah hari bersama keluarga minggu lepas menjadi permintaan terakhir sebelum bapanya itu meninggal dunia pagi tadi.
Pengasas seni silat lincah, Omardin meninggal dunia
Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal awal pagi ini, akibat komplikasi buah pinggang.