JAKARTA: Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C) di Indonesia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pasukan Pertahanan Israel (IDS) bahawa Hospital Indonesia di Gaza Utara, Palestin merupakan pusat arahan dan kawalan bawah tanah Hamas.
Pada 5 Nov, IDF mengeluarkan peta menunjukkan bahawa hospital itu berpecah kepada tiga lokasi berbeza dan menuduh Hamas menggunakan bangunan itu sebagai pusat arahan dan kawalannya.
Jurutera dan pengurus tapak MER-C bagi pembangunan hospital itu Edy Wahyudi menegaskan beliau mempunyai pengetahuan luas mengenai pengurusan pembinaan dan penyelenggaraan hospital berkenaan.
Sambil menafikan dakwaan IDF bahawa Hamas menggunakan bahagian bawah bangunan itu, beliau berkata hospital itu berada dalam satu kawasan dan dua lokasi lain yang disebut bukan sebahagian daripadanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa pembinaan hospital itu dibiayai rakyat Indonesia bermula pada Februari 2011, sekali gus membetulkan dakwaan IDF mengenai tarikh mula pada 2010.
"Tender pembangunan hospital itu bermula pada Februari 2011 seperti yang diiklankan dalam akhbar tempatan Palestin pada 2 Feb 2011.
"Pembangunan struktur hospital di kawasan 1.6 hektar di Gaza, yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Palestin, bermula pada Mei 2011," menurut Edy.
Mengenai dakwaan penemuan terowong bawah tanah dan struktur bentuk gerbang yang ditemukan oleh IDF di dua tapak lain, beliau berkata lokasi dan struktur itu tidak ada kaitan dengan pembangunan hospital.
"Tiada keadaan luar biasa atau infrastruktur terowong ditemukan sehingga lapan meter di bawah tanah pada penggalian semasa pembangunan hospital," katanya.
Edy berkata Israel mengebom lokasi berdekatan hospital itu pada 2014 semasa pencerobohannya ke atas Gaza dan ketika itu hospital berkenaan masih dalam pembinaan.
Penjelasan itu bertujuan mendedahkan mengenai potensi kerosakan jika IDF melakukan serangan udara di kemudahan terowong bawah tanah itu.
Mengenai nota suara IDF mengenai bahan api yang dicuri di hospital, beliau tidak yakin terhadap kesahihan rakaman itu dan mencadangkan supaya pengesahan dilakukan oleh pakar forensik digital bebas.
Edy berkata hanya satu daripada tiga generator berfungsi berikutan kekurangan diesel di kawasan berkenaan dan tidak cukup untuk menampung keperluan elektrik hospital.
"Sehingga Khamis, baki stok diesel di hospital hanya 1,100 liter cukup untuk sehari dan akan habis pada Jumaat," kata pengarahnya Dr Atef Al Kahlout.
Data dari 7 Nov menunjukkan bahawa 1,784 pesakit yang dibawa ke hospital itu meninggal dunia, termasuk 397 wanita dan 637 kanak-kanak manakala 4,666 lagi cedera melibatkan 651 wanita dan 1,005 kanak-kanak.
Pada masa ini, 359 individu masih menrima rawatan di hospital manakala 69 orang yang dibenarkan pulang masih berada di hospital kerana rumah mereka musnah.
Pada Selasa, Kementerian Luar Indonesia berkata pihak berkuasa Palestin di Gaza kini bertanggungjawab mengurus hospital itu dengan bantuan sukarelawan Indonesia dari semasa ke semasa.-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
IDF menuduh Hamas menggunakan bangunan Hospital Indonesia sebagai pusat arahan dan kawalannya. - Foto MER-C
Bursa Malaysia's Strategies and Market Dynamics
Chairman of Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar shares his meaningful insights about capital markets, highlighting both current challenges and opportunities within the context of Bursa Malaysia's strategies and initiatives.
Redha suami itu sering buat aku menangis… - Penerbit TV Indonesia
Ika Wahyuni, rakan media dari Indonesia berkongsikan pengalaman dijemput Kementerian Media Arab Saudi untuk menunaikan haji tahun ini meskipun sentiasa berharap dapat menunaikan haji bersama suaminya.
Terima khabar isteri telah tiada semasa di hadapan Kaabah
Suami yang memohon pengakhiran terbaik untuk isteri beberapa jam sebelum ketiadaannya redha bahawa apa yang terbaik sebagaimana didoakannya di hadapan Kaabah ialah kematian isterinya itu.
Bilangan Jemaah Haji Sakit Untuk Safari Wukuf Diteliti TH
Dalam usaha memastikan semua 31,600 jemaah haji Malaysia dapat berwukuf, Lembaga Tabung Haji (th) wujudkan inisiatif "Peneman" , satu peneman satu jemaah yang khusus untuk jemaah kurang sihat, lupa dan sebagainya. Inisiatif lain ialah "Safari Wukuf" untuk jemaah yang terlantar sakit dan tidak berdaya, turut sama dibawa ke Arafah selama dua jam untuk berwukuf dan mendengar khutbah Arafah sebelum dibawa semula ke pusat rawatan.
Ringgit dibuka 130 mata asas lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7030/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7185 ketika ditutup pada Rabu.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion akan mengikutinya
Khutbah Arafah di hari Wukuf nanti akan diterjemahkan kepada 50 bahasa bagi memastikan mesej di dalam khutbah itu dalam diikuti masyarakat global yang lebih luas. Ini platform terbaik untuk pamerkan mesej keamanan dalam Islam
Jemaah Haji tahun ini berpeluang gunakan Teksi terbang
Teksi udara elektrik pandu sendiri merupakan antara inisitiaf kerajaan Arab Saudi untuk jemaah haji pada tahun ini. teksi terbang itu adalah yang pertama di dunia yang dilesenkan oleh pihak berkuasa penerbangan awam.
AWANI Ringkas: Proton mahu keluarkan lima model EV
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Ismanira, Zaim Ikhwan mengaku tidak bersalah abaikan Zayn Rayyan
Ini perkembangan terkini yang kami terima berkait kes Zayn Rayyan.
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal di Apartment Idaman, Damansara Damai, pada 5 Disember lalu.
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal di Apartment Idaman, Damansara Damai, pada 5 Disember lalu.
TERKINI: Ismanira, Zaim Ikhwan mengaku tidak bersalah abai Zayn Rayyan
Kejadian didakwa berlaku di Apartment Idaman, Damansara Damai, pada 5 Disember tahun lalu.
Mesir, Qatar terima maklum balas Hamas mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza
Mesir dan Qatar menerima maklum balas daripada Hamas dan Jihad Islam berhubung cadangan gencatan senjata serta pertukaran tawanan baru-baru ini.
Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah
Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial terkandas di sempadan Rafah di Mesir.
Tentera Israel bunuh enam rakyat Palestin di Tebing Barat
Satu unit pasukan khas Israel menyerbu kampung berkenaan pada Selasa dan mengepung sebuah rumah sebelum membedilnya.
Blinken dijadual hadir persidangan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dijadual menghadiri persidangan bantuan kemanusiaan bagi Semenanjung Gaza yang dihoskan Jordan pada Selasa.
Loji oksigen tunggal di Gaza berisiko ditutup akibat kekurangan bahan api
Loji pengeluaran oksigen tunggal di Bandaraya Gaza berisiko ditutup dalam beberapa jam akibat kekurangan bahan api yang serius.
Isu Gaza: AS hormati hak bersuara, protes rakyat Malaysia
Amerika Syarikat (AS) menghormati hak rakyat Malaysia untuk mengadakan protes secara aman sebagai menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Israel berhubung konflik di Gaza.
Israel serang kawasan perumahan di Deir Al-Balah, al-Bureij
Pasukan perubatan Palestin memaklumkan serangan kereta kebal itu membedil kawasan berhampiran Al-Maghazi dan Al-Nuseirat.
YBIM anjur misi hantar satu juta pek daging korban ke Palestin sempena Aidiladha ini
Menjelang Hari Raya Aidiladha, Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) menganjurkan Korban Ihsan Palestin: Misi Hantar 1 Juta Pek Daging Korban ke Palestin.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Netanyahu nekad selamatkan lebih ramai tebusan
Netanyahu nekad akan membawa balik semua baki 120 tebusan yang masih dalam kawalan Hamas.