awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mercedes jatuh gaung, Noh Gadut terlibat kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2018
09:31 MYT
Mercedes jatuh gaung, Noh Gadut terlibat kemalangan
Kemalangan dipercayai terjadi apabila kenderaan yang dipandu oleh Noh dari arah Bulatan Kolam Air hendak menghala ke kediamannya di Taman Nong Chik. - Foto ihsan pembaca dan Sinar Harian
Bekas Mufti Johor dan Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Noh Gadot mengalami kecederaan selepas kenderaan Mercedez Benz yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Jalan Kemuncak 14, Taman Nong Chik di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Shahurinain Jais berkata mangsa bagaimanapun dilaporkan mengalami kecederaan ringan di dahi sebelah kanan dan luka di bawah dagu. Noh bagaimanapun dilaporkan mengalami kecederaan ringan di dahi sebelah kanan dan luka di bawah dagu.- Foto ihsan pembaca
Noh bagaimanapun dilaporkan mengalami kecederaan ringan di dahi sebelah kanan dan luka di bawah dagu.- Foto ihsan pembaca
Katanya kejadian berlaku lebih kurang jam 1.15 petang tadi dipercayai terjadi apabila kenderaan yang dipandu oleh Noh dari arah Bulatan Kolam Air hendak menghala ke kediamannya di Taman Nong Chik.
"Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa hendak membelok ke sebelah kiri untuk masuk ke kediamannya, kemudian telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke longkang yang bersebelahan dengan kediamannya.
"Noh mengalami kecederaan ringan iaitu luka-luka manakala kenderaannya mengalami kerosakan bumper depan dan belakang, bonet depan dan belakang dan cermin besar depan.
"Dimaklumkan Noh telah dirawat di wad kecemasan Hospital KPJ Pakar Puteri dan telah menerima 9 jahitan di bawah dagu," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#hilang
#jatuh gaung
#Johor Bahru
#kemalangan
#mangsa
#Mercedez Benz
#Noh Gadot
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan