awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesin meletup, operator kilang nyaris cedera

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2021
21:58 MYT
Mesin meletup, operator kilang nyaris cedera
Mesin 'spray tower' yang dikatakan meletup dalam kejadian itu. -Foto Ihsan JBPM
PASIR GUDANG: Seorang operator kilang nyaris cedera dalam kejadian letupan mesin di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung, Pasir Gudang pada pagi Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata kejadian kira-kira jam 8 pagi itu hanya melibatkan operator kilang itu yang berada di kawasan tersebut.
Sejurus laporan, dua jentera FRT, satu jentera EMRS dan satu kenderaan utiliti dari BBP Pasir Gudang bersama satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari BBP Johor Jaya dengan kekuatan 26 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, kita dapati letupan itu melibatkan satu unit mesin ‘spray tower’ yang berada di tingkat empat bangunan kilang.
"Kesan letupan mengakibatkan kemusnahan 10 peratus pada mesin kilang sahaja.
"Bomba kemudian bertindak memastikan tiada punca api dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Beliau bagaimanapun berkata, letupan itu tidak melibatkan struktur.
"Operasi ditamatkan pada jam 9.31 pagi, manakala punca letupan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," kata beliau.
Topic Berkaitan
#mesin meletup
#operator kilang
#Kawasan Perindustrian Tanjung
#Pasir Gudang
#FRT
#EMRS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan