GENEVA: Pakar bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi wilayah Palestin yang diduduki, Francesca Albanese, mengecam tindakan Israel memintas sebuah flotila bantuan menuju ke Gaza di perairan antarabangsa, sambil menuntut pembebasan segera dua aktivis yang masih ditahan.
Dalam satu hantaran di platform X, Albanese mengutuk tindakan itu dan menyeru agar Saif Abukeshek serta Thiago Avila dibebaskan tanpa syarat.
Advertisement
Beliau menyifatkan penahanan aktivis berkenaan sebagai satu kesalahan, sambil menegaskan bahawa penahanan tebusan adalah jenayah.
“Kapal dirampas dan orang diculik di perairan Eropah. Penahanan tebusan adalah satu jenayah. Tebusan Palestin dan aktivis Global Sumud Flotilla mesti dibebaskan segera,” katanya dalam kenyataan tersebut.
It is an abomination that Apartheid Israel, while continuing its genocide undisturbed, is allowed to patrol European waters, seize boats, kidnap people.
Hostage taking is a crime. Palestinian and @gsflotilla hostages must be released now.
European countries:
BREAK
THE
SIEGE https://t.co/EZpQBJOFag— Francesca Albanese, UN Special Rapporteur oPt (@FranceskAlbs) May 2, 2026
Menurut penganjur, Global Sumud Flotilla dipintas oleh tentera Israel di laut lepas pada 1 Mei.
Kebanyakan peserta flotila kemudiannya dibebaskan di pulau Crete, Greece, namun Abukeshek dan Avila dipindahkan ke sebuah kapal tentera Israel sebelum dibawa ke Israel.
Kedua-dua aktivis itu dijadualkan menghadiri prosiding mahkamah pada Ahad.
Pihak berkuasa Israel setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tuntutan pembebasan tersebut.
Insiden berkenaan menambah ketegangan antarabangsa berhubung tindakan Israel terhadap misi kemanusiaan dan aktivisme pro-Palestin, ketika konflik di Gaza terus mencetuskan kritikan dan perdebatan di peringkat global.