Skip to main content

Sukan

EPL: Dua gol Gyokeres lonjak Arsenal enam mata di puncak

Soccer Football - Premier League - Arsenal v Fulham - Emirates Stadium, London, Britain - May 2, 2026 Arsenal's Viktor Gyokeres shoots at goal Action Images via Reuters/Paul Childs
Aksi Viktor Gyokeres menjaringkan gol ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Fulham di Stadium Emirates, London, Britain, 2 Mei 2026. REUTERS

PENYERANG sensasi, Viktor Gyokeres, muncul wira apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Arsenal meraih kemenangan penting, sekali gus melebarkan jurang kepada enam mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam aksi yang berlangsung sengit, Gyokeres mempamerkan ketajaman penyudah yang menjadi pemisah antara Arsenal dan Fulham.

Advertisement

Dua jaringannya bukan sahaja memastikan tiga mata penuh buat Arsenal, malah mengukuhkan kedudukan mereka dalam perebutan kejuaraan musim ini.

Kemenangan tersebut memberi kelebihan besar kepada skuad kendalian Mikel Arteta, yang kini semakin hampir untuk merealisasikan impian menjulang trofi liga.

Bukayo Saka turut tersenarai selaku penjaring, melengkapkan kemenangan 3-0 The Gunners di laman sendiri.

Dengan baki perlawanan yang semakin berkurangan, Arsenal dilihat berada di landasan terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan, namun tekanan pasti terus dirasai dalam usaha mengekalkan konsistensi hingga ke penghujung musim.

Untuk rekod, Arsenal masih lagi bersaing merebut slot ke pentas final Liga Juara-Juara, bakal mengharungi aksi separuh akhir kedua bertemu Atletico dengan membawa kedudukan 1-1 secara agregat di Emirates awal pagi Rabu ini.


 

Must Watch Video