Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-10 dan mesyuarat berkaitan, memasuki pusingan akhir hari ini, sebelum diteruskan dengan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Peningkatan Fahaman Radikal dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) esok.
Mesyuarat bermula pada 9 pagi dengan Perundingan AMMTC +Jepun ke-2 yang dipengerusikan oleh Menteri Tenaga Brunei Pehin Dato' Dr Muhammad Yasmin Umar.
Selepas sesi itu, pemimpin ASEAN yang menghadiri mesyuarat itu dijadual menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Jenayah Rentas Sempadan dan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pergerakan Luar Biasa Manusia di Asia Tenggara.
Pada hari ini juga, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menerima dua kunjungan hormat, masing-masing oleh Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Hanif Dhakiri dan Menteri Keselamatan Awam Vietnam Tran Dai Quang.
Mesyuarat dua hala antara Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dan Hanif turut dijadual diadakan.
Memorandum persefahaman antara kerajaan Malaysia dan Vietnam berkaitan kerjasama dalam mencegah dan memerangi jenayah rentas sempadan turut dijadual dimeterai hari ini.
Mesyuarat dwitahunan AMMTC selama empat hari dirasmikan oleh Ahmad Zahid pada Selasa.
Beliau dijadual merasmikan SAMMRRAVE esok yang antara lain akan memberi tumpuan kepada isu berkaitan fahaman radikal dan ekstremism di rantau ini.
Bernama
Thu Oct 01 2015
Menteri Negara dan Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan Awam Nasional Jepun, Eriko Yamatani mewakili negara itu di mesyuarat AMMTC. - Foto Bernama
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Rekod dunia selesaikan kiub Rubik terpantas kini 0.305 saat
Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan ‘neutral’ - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin.
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
NVIDIA bakal keluar cip AI baharu setiap tahun
Di Malaysia, pusat data AI di Johor adalah antara yang terawal di dunia dilengkapi cip Blackwell.
Badminton Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei tempah slot awal ke suku akhir
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mudah menyingkirkan lawan dari India untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Malaysia Masters 2024.
Isu penipuan pekerjaan luar negara dibincang di peringkat ASEAN - KDN
Menurut KDN, Mesyuarat AMMTC tahun ini diadakan secara sesi sidang dalam talian.
Jepun lahirkan komitmen bersama ASEAN perangi jenayah rentas sempadan
Menteri Hal Ehwal Negaranya, Eriko Yamatani berkata, Jepun menyambut baik diberi peluang untuk bertukar pandangan dan idea dalam menangani jenayah rentas sempadan di rantau ini.
Mesyuarat AMMTC-50 memasuki pusingan akhir
Pemimpin ASEAN dijadual menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Jenayah Rentas Sempadan dan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pergerakan Luar Biasa Manusia di Asia Tenggara.