awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Jemaah Menteri putuskan MoU PDI perlu segera dimeterai - Saravanan

Bernama
Bernama
11/02/2022
12:25 MYT
Mesyuarat Jemaah Menteri putuskan MoU PDI perlu segera dimeterai - Saravanan
Saravanan berkata, perkara mengenai PDI telah dibincangkan dengan secara mendalam dalam beberapa siri mesyuarat Jemaah Menteri termasuklah pada 9 Feb lepas. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya memorandum persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) perlu segera dimeterai, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.
Beliau berkata MoU PDI itu akan dimeterai beliau dan rakan sejawatnya Menteri Ketenagakerjaan Indonesia Ida Fauziyah.
Dalam satu kenyataan hari ini Saravanan berkata, perkara mengenai PDI telah dibincangkan dengan secara mendalam dalam beberapa siri mesyuarat Jemaah Menteri termasuklah pada 9 Feb lepas.
Katanya beliau dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai matlamat yang sama iaitu melindungi serta menjaga kebajikan dan kesejahteraan pekerja warga Indonesia di dalam negara terutama yang membabitkan isu seperti gaji, cuti dan kebajikan pekerja.
"Saya juga ingin menasihati pekerja asing termasuk PDI, pentingnya untuk mempunyai dokumen perjalanan serta permit kerja yang sah agar hak-hak mereka sebagai pekerja adalah terjamin," katanya.
Pada 24 Jan lepas Malaysia dan Indonesia dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan projek rintis pengambilan 10,000 pekerja PDI dari negara jiran itu bermula bulan ini selepas MoU ditandatangani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekhidmat domestik Indonesia
#Hamzah Zainudin
#Saravanan
#MoU
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan