awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17

Bernama
Bernama
26/10/2023
23:40 MYT
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat khas itu dijadual bermula pada 10 pagi di Istana Negara. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Mesyuarat khas itu yang dijadual bermula pada 10 pagi di Istana Negara akan menyaksikan pengundian oleh sembilan Raja-Raja Melayu bagi memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.
Persidangan khas itu diadakan susulan tempoh lima tahun penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, bakal tamat pada 30 Jan tahun depan.
Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019 setelah dipilih pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Jan tahun sama.
Menurut Seksyen 2, Bahagian I, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan.
Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.
Susunan penggiliran pertama bermula pada 1957 (bagi pelantikan Yang di-Pertuan Agong) sehingga 1994, dilakukan atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, diikuti Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan Raja Melayu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja
#Istana Negara
#Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan