awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas Parlimen: Agihan vaksin tidak setara di Sabah, perlu penyusunan semula - Shafie Apdal

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
28/07/2021
10:18 MYT
Mesyuarat Khas Parlimen: Agihan vaksin tidak setara di Sabah, perlu penyusunan semula - Shafie Apdal
Shafie mencadangkan agar proses ini diseragamkan sebaiknya supaya Sabah juga menerima bekalan vaksin yang setara dengan negeri lain. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa membuat pengagihan vaksin secara lebih setara di negeri Sabah sama dengan negeri-negeri lain dengan membuat penyusunan semula proses itu.
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Sabah memiliki 3.9 juta populasi namun hanya 1.8 juta dos vaksin yang diterima setakat ini.
Perkara ini nyata berbeza dengan proses pengagihan di beberapa negeri lain yang menerima vaksin melebihi populasi penduduknya.
‘’Saya bimbang sedikit dari segi keadaan pengagihan vaksin yang ada, kalau boleh kita ubah sedikit dari segi cara dan pendekatannya.
‘’Contohnya bila saya lihat beberapa negeri yang ada seperti Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Lembah Klang, Perlis, Kedah dan Sabah.
‘’Pulau Pinang menerima 70 peratus berdasarkan dengan kadar pengagihan vaksin berbanding populasi, Perak (57 peratus), Sarawak (129 peratus), Lembah Klang (107 peratus), Perlis (85 peratus), Kedah (50 peratus) dan Sabah mempunyai 3.9 juta penduduk hanya menerima 1.8 juta dos.
LAPOR LANGSUNG SIDANG KHAS PARLIMEN DI SINI
IKUTI SISI TV PARLIMEN ASTRO AWANI DI SINI
Justeru, Shafie mencadangkan agar proses ini diseragamkan sebaiknya supaya Sabah juga menerima bekalan vaksin yang setara dengan negeri lain.
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Kadar vaksinasi rendah, berhenti layan Sabah seperti 'anak tiri' - Azis Jamman
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Bekalan vaksin COVID-19 di Sabah perlu dipertingkatkan - Bung Moktar
Shafie berkata demikian semasa sesi Mesyuarat Khas Parlimen (Dewan Rakyat) pada Rabu.
Terdahulu beberapa ahli Parlimen dari Sabah turut membangkitkan isu berkenaan kelewatan pengagihan vaksin di Sabah sehingga memungkinkan sasaran mencapai 2.7 juta warga negeri itu divaksin gagal tercapai menjelang Oktober depan.
Agihan vaksin tidak setara, Presiden Warisan gesa penyusunan semula
Topic Berkaitan
#PICK di Sabah
#vaksinasi di Sabah
#COVID-19 di Sabah
#Mohd Shafie Apdal
#peratusan vaksinasi Sabah
#sasaran vaksinasi Sabah'
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan