RIYADH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di sini pada Isnin.
Pertemuan hampir setengah jam itu menyaksikan kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad sekali gus melonjakkan lagi perdagangan dua hala ke peringkat lebih tinggi.
Perbincangan juga tertumpu kepada usaha meneroka peluang pelaburan serta kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, halal, pendidikan, pertahanan, pelancongan dan sumber manusia.
Terdahulu, Anwar turut menerima kunjungan hormat Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan.
Pada pertemuan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu, kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pandangan mengenai isu geopolitik semasa di Asia Barat dan kekejaman Israel di Gaza.
Turut dibincang kerjasama dua hala Malaysia dan Turkiye terutama dalam bidang pelaburan, perdagangan, pertahanan serta pendidikan.
Mesyuarat khas WEF, yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad, adalah bertemakan 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' serta dihadiri lebih 1,000 peserta termasuk ketua-ketua negara dan kerajaan selain pemimpin perniagaan dan industri.
Mengulas lanjut pertemuan dengan Muhammad Shehbaz, Anwar berkata mereka menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dan perkongsian strategik Malaysia-Pakistan termasuk meningkatkan hubungan perdagangan kedua-dua negara yang kini bernilai US$1.4 bilion.
Beliau berkata pada pertemuan itu, mereka turut bersetuju mengadakan perbincangan lanjut mengenai usaha mengembangkan kerjasama dalam industri dan pensijilan halal antara kedua-dua negara khususnya menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pihak Berkuasa Halal Pakistan.
"Malaysia dan Pakistan juga berhasrat meneruskan lebih banyak kerjasama dalam bidang pendidikan, pertahanan, pelancongan dan sumber manusia.
"Perbincangan turut menyentuh kepengerusian ASEAN tahun depan. Malaysia menerusi ASEAN terbuka untuk meneroka ruang kerjasama ASEAN-Pakistan yang dapat memanfaatkan negara serantau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Anwar mengadakan mesyuarat dua hala bersama Muhammad Shehbaz di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia di Riyadh, 29 Apr 2024. --fotoBERNAMA
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.
PM Anwar mahu produk kewangan Islam jadi teras pembangunan ekonomi - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu produk kewangan Islam seperti sukuk dibangunkan supaya menjadi antara produk penting dan teras untuk pembangunan sektor ekonomi kewangan Islam.
NSS jadikan Malaysia juara kuasa ketiga industri semikonduktor dunia – Tengku Zafrul
Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) akan memposisikan Malaysia sebagai juara kuasa ketiga dan membolehkan kolaborasi bernilai tinggi dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KWAP labur RM3 bilion dalam dana pelaburan syariah
Inisiatif itu bagi menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan dan memangkin ekosistem teroka.
Kontrak suami Hannah Yeoh: ‘Pihak bertanggungjawab perlu telus’ - PM Anwar
Anwar menyerahkan kuasa kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan isu pemberian kontrak DRT oleh Kerajaan Selangor.