awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
29/04/2024
03:10 MYT
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
Perdana Menteri Anwar (kanan) mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat meja bulat bersama lebih 50 pemimpin industri dan perniagaan dari seluruh dunia di Riyadh, Arab Saudi. - Gambar X @AnwarIbrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
Keyakinan itu disuarakan Perdana Menteri selepas menyertai mesyuarat meja bulat delegasi Malaysia bersama lebih 50 pemimpin industri dan perniagaan pelbagai sektor dari seluruh pelusuk dunia di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi.
Menurut Anwar, ruang itu dimanfaatkan beliau untuk memaparkan keutamaan, inisiatif strategik serta kadar pertumbuhan ekonomi dan fiskal negara, selain kewujudan peluang-peluang perdagangan dan pelaburan.
"Sesi ini penting untuk saya dan rakan-rakan meyakinkan pemimpin industri untuk melabur di Malaysia, sekali gus melonjak pertumbuhan ekonomi negara serta mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi buat rakyat Malaysia.
"Ramai pemimpin industri dan perniagaan yang hadir menunjukkan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik negara dengan menyatakan minat untuk melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang.
"Saya beri jaminan urusan pelaburan mereka akan dipermudah dan disegerakan, terutama selepas Kerajaan berjaya menangani isu kerenah birokrasi yang berlanjutan sejak sekian lama sebelum ini," kata beliau dalam hantaran di akaun media sosialnya, pada Isnin.
Saya dan delegasi Malaysia turut mengadakan mesyuarat meja bulat bersama lebih 50 pemimpin industri dan perniagaan pelbagai sektor dari seluruh pelusuk dunia di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF). Turut bersama Menteri Luar Negeri, Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji pic.twitter.com/9zWSmhA1w2
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 29, 2024
Turut menyertai Perdana Menteri dalam mesyuarat itu ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Antara syarikat yang menyertai sesi itu termasuk Samsung, Chevron, BrainBox AI, Cisco Systems, OmniBot.ai, TotalEnergies, Lulu Group International, Deutsche Bank dan Saudi Industrial Development Fund.
Mesyuarat Khas WEF bermula semalam dan berakhir hari ini di ibu negara Arab Saudi dengan tumpuan kepada kolaborasi, pertumbuhan dan pembangunan tenaga global.
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Forum Ekonomi Sedunia
#pelabur global
#Mesyuarat Meja Bulat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan