KUALA LUMPUR: Hari pertama Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang berlangsung di Istana Negara, bermula sekitar pukul 10.30 pagi tadi berlangsung selama lebih sejam.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tamat pada pukul 11.40 pagi .
Antara yang berkenan berangkat ke Istana Negara bagi menyertai mesyuarat itu ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Berangkat sama, Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Sementara Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Difahamkan, Majlis Raja-Raja membincangkan perkembangan semasa dan cabaran mendatang.
Selain itu, antara perkara yang mengisi agenda mesyuarat adalah mengenai kemajuan hal ehwal agama dan pembaharuan institusi Islam negara.
Mesyuarat berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 Jun lalu yang dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Sebelum mempengerusikan mesyuarat berkenaan, Tuanku Muhriz berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama.
Tuanku Muhriz kemudian menanam pokok Buah Ajaib di pekarangan Istana Negara sebagai simbolik Yang Dipertuan Negeri Sembilan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menyaksikan majlis penanaman pokok itu.
Ridauddin Daud
Tue Nov 29 2022

Hari pertama Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang berlangsung di Istana Negara, bermula sekitar pukul 10.30 pagi tadi berlangsung selama lebih sejam.

Lawatan ke China bawa pulangan besar kepada negara - PM
Malaysia dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara, hari ini.

Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261
Sebelum mempengerusikan mesyuarat, Sultan Sharafuddin berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 selesai bersidang
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tamat sekitar pukul 12.45 tengah hari.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Seri Paduka Baginda berdua berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara, malam ini.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 hari pertama selesai
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tamat pada pukul 11.40 pagi.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 bersidang secara rasmi pada Selasa
Mesyuarat tersebut akan berlangsung selama dua jam selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 Jun lalu.

Tuanku Muhriz mempengerusikan Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260
Pra-mesyuarat berkenaan diadakan sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang akan bersidang secara rasmi selama dua hari, bermula esok.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-259 di Istana Negara.

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258 di Istana Negara.

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana Negara.