KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 yang diadakan selama dua hari di Istana Negara antara lain membincangkan mengenai cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Polis (Pindaan) 2023 dan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung hal-hal kewarganegaraan.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata mesyuarat itu juga membincangkan mengenai pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
"Beberapa perkara lain yang melibatkan pentadbiran Agama Islam dan hal-hal di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) termasuk pelantikan Pengerusi MKI, juga telah dibincangkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Syed Danial berkata selain itu, Majlis telah disembahkan taklimat terkini mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan pertahanan negara daripada Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pada mesyuarat berkenaan, Sultan Selangor selaku pengerusi turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.
"Baginda juga turut menzahirkan ucapan tahniah mengalu-alukan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Seterusnya, disahuti ucapan balas oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak," katanya.
Memandangkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 adalah yang pertama kali dihadiri oleh Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong, Syed Danial berkata Sultan Selangor telah menzahirkan titah tahniah kepada Seri Paduka Baginda mewakili pihak Majlis, dan seterusnya disahuti dengan titah balas oleh Yang di-Pertuan Agong.
Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra, turut berangkat.
Pada mesyuarat hari kedua hari ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berangkat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir pada hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (tengah) berkenan berangkat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265 di Istana Negara hari ini. Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri). - Foto Bernama
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja bincang cadangan pindaan RUU hal kewarganegaraan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 membincangkan mengenai cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Polis (Pindaan) 2023 dan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung hal-hal kewarganegaraan.
Agong berangkat hadir hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara, hari ini.