awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguatkuasaan kebajikan haiwan berterusan, DVS selesai lebih 16,000 aduan
KRW FC perlu kekal momentum menang untuk tarik semula penyokong
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean pertama bermula hari ini

Bernama
Bernama
21/01/2021
02:18 MYT
Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean pertama bermula hari ini
Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Yang Pertama (ADGMIN1) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, dengan Malaysia selaku tuan rumah membuka tirainya di sini hari ini.
KUALA LUMPUR:Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Yang Pertama (ADGMIN1) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, dengan Malaysia selaku tuan rumah membuka tirainya di sini hari ini.
Mesyuarat secara maya selama dua hari itu dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan ucap tama secara maya, sempena perasmiannya pada pukul 10 pagi ini.
Acara perasmian akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro AWANI dan Facebook RTM.
Sebelum ADGMIN1, berlangsung Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM1) selama dua hari yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Mohammad Mentek.
Bertemakan ASEAN - Komuniti yang Dihubungkan Secara Digital, ADGMIN1 bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara negara ASEAN ke arah membina ekosistem digital sebagai tonggak dalam pelan pembangunan pasca-COVID-19.
ASEAN yang ditubuhkan pada 1967 adalah sebuah pertubuhan serantau terdiri daripada 10 negara Asia Tenggara - Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN
#ADGMIN1
#Saifuddin Abdullah
#Muhyiddin Yassin
#kerjasama antara negara ASEAN
#Myanmar
#Vietnam
#Brunei
#Singapura
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan