Menurut Meta, ciri ini sangat sesuai untuk pencipta kandungan dan juga akaun perniagaan.
AI Studio ini dibangunkan berasaskan model Llama 3.1. Menurut Meta, AI Studio sedia digunakan dalam web atau juga terus dari aplikasi Instagram.
Untuk menggunakannya, pengguna boleh memilih templat prom sedia ada untuk perwatakan watak AI ini atau juga gunakan prom sendiri.
Sama ada ingin menjana watak AI yang boleh mengajar masak, yang boleh bantu menjana kapsyen, atau juga pelawak untuk menghiburkan pengikut anda.
Setiap watak AI ini turut boleh ditetapkan sendiri personalitinya agar lebih mirip diri anda sendiri sebagai wakil digital atau juga satu personaliti berbeza.
Meta turut menggunakan data dalam Instagram untuk membolehkan watak AI ini membalas komen, menjawab mesej dalam DM dan lain-lain dengan gaya yang sama oleh anda.
Contoh watak AI yang telah dijana adalah Eat Like You Live There! sebagai cef, What Lens Bro sebagai pakar fotografi, atau juga Sammy The Stress Ball sebagai penjana meme.
Buat masa ini ia hanya ditawarkan di Amerika Syarikat dan tidak pasti bila ia akan ke Malaysia.
Ketika artikel ini ditulis, Meta AI masih belum boleh digunakan dan akses melalui VPN turut telah dihalang. -Amanz