Meta bakal perkenal pelan berbayar Facebook, Instagram, WhatsApp; akses kepada fungsi eksklusif

Salah satu akses yang pengguna dijangka terima adalah akses kepada Manus, iaitu perkhidmatan kecerdasan buatan yang telah diambil-alih oleh Meta baru-baru ini. - Foto Amanz
META pada hari ini sedia menawarkan pelan langganan berbayar dinamakan Meta Verified, yang menambah sokongan calit biru pada nama akaun, selain beberapa fungsi tambahan seperti akses kepada khidmat pelanggan.
Tidak setakat itu, kini Meta dilaporkan turut sedang melihat untuk perkenal pelan langganan berbayar pada Facebook, Instagram dan WhatsApp, yang akan memberikan beberapa ciri eksklusif memfokuskan kreativiti dan produktiviti dikuasakan kecerdasan buatan.
Salah satu akses yang pengguna dijangka terima adalah akses kepada Manus, iaitu perkhidmatan kecerdasan buatan yang telah diambil-alih oleh Meta baru-baru ini.
Tidak setakat itu, Meta turut dijangka berikan ciri tambahan.
Sebagai contoh, pada Instagram anda boleh menonton Instagram Stories tanpa meninggalkan jejak telah menontonnya bagi pihak pemilik kandungan.
Di samping itu, pengguna turut dijangka boleh melihat senarai pengikut yang tidak mengikut anda kembali.
Tidak diketahui lagi berapakah caj yang akan dikenakan oleh Meta untuk tujuan ini.
Pelbagai syarikat teknologi sedia mengenakan caj untuk penawaran ciri berasaskan kecerdasan buatan, sementara Snapchat sedia mengenakan caj langganan untuk mengakses sejumlah ciri eksklusif pada platform berkenaan.
Bagi anda, adakah anda akan melanggan pelan berbayar pada Facebook, Instagram atau WhatsApp sekiranya ia ditawarkan?
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


