GADGETS
Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama

Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026. -Amanz
META dilaporkan sudah memulakan ujian ke atas cip melatih kecerdasan buatan (AI) pertama buatan mereka.
Ringkasan AI
- Meta memulakan ujian cip AI pertama mereka, dibangunkan dengan kerjasama TSMC untuk mengurangkan pergantungan kepada cip NVIDIA.
- Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.
- Sebelum ini, dua cip MTIA telah digunakan untuk saranan kandungan di Instagram dan Facebook, menggunakan teknologi 7nm dan 5nm TSMC.
Proses ujian ialah fasa pertama untuk melihat kemampuan cip yang direka dengan ia dijangka mengambil masa sehingga 6 bulan untuk diselesaikan.
Eksekutif Meta sebelum ini dipetik berkata cip di bawah siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) ini akan mula digunakan untuk melatih model AI seawal 2026 sekiranya semua berjalan lancar.
Sebelum ini dua cip siri MTIA telah digunakan untuk menguasakan kecerdasan buatan yang memberikan saranan kandungan di susur masa Instagram dan Facebook.
Kedua-duanya juga dihasilkan menggunakan teknologi 7nm dan 5nm TSMC. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami