KUALA LUMPUR: Meta Malaysia sedang membangunkan teknologi peralatan dan keselamatan bagi memastikan pengguna aplikasi Facebook, Instagram dan Whatsapp tidak menjadi mangsa kegiatan penipuan dalam talian.
Pengarah Negara Meta Malaysia Nicole Tan berkata usaha berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen Meta dalam membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah berkenaan yang merekodkan kerugian sebanyak RM5.2 bilion bagi tempoh 2020 hingga Mei lepas.
Katanya, pihaknya telah melabur bagi meneroka teknologi pengesanan yang meluas dengan menggunakan kombinasi pemeriksaan dan penyiasatan sama ada menerusi manual atau automatik dilaksanakan secara berskala bagi tujuan itu.
Beliau berkata ini bagi mengesan serta mengambil tindakan ke atas akaun media sosial yang digunakan sindiket penipuan untuk 'menjerat mangsa'.
"Kami mempunyai lebih 40,000 tenaga kerja yang mengusahakan isu keselamatan dan keamanan dan terdapat kumpulan khusus pemeriksa terlatih yang fokus kepada membanteras kegiatan penipuan yang semakin berleluasa ini," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif baru-baru ini.
Tan berkata selain itu, setiap aplikasi media sosial itu juga mempunyai fungsi lapor bagi memudahkan orang ramai melaporkan kandungan yang tidak bersesuaian.
"Kami juga sediakan panduan berguna untuk orang ramai di laman web #TakNakScam yang boleh dimuat turun, dikongsi dan digunakan sebagai bahan rujukan tentang pelbagai saluran aduan sekiranya tidak pasti tindakan yang patut dilakukan," katanya.
Selain itu, katanya antara inisiatif baharu Meta ialah memperkenalkan modul pencegahan penipuan 'We Think Digital' di peringkat sekolah yang akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara.
"Setakat ini, seramai 1,900 pelajar telah mempelajari modul penipuan yang boleh disediakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dan dilaksanakan melalui program andalan celik digital Meta melibatkan 200 sekolah," katanya.
Jelasnya inisiatif lain yang dilaksanakan termasuk pendidikan orang awam secara imersif iaitu dengan menarik penyertaan orang ramai menerusi format kandungan instagram AR Filters serta mengimbangi pendidikan di antara pengguna dan penjual di laman sosial tersebut bagi memberi kesedaran dan perlindungan kepada kedua-dua pihak daripada menjadi mangsa penipuan.
Menyentuh mengenai kempen #TakNakScam 2.0, Tan berkata pihaknya kali ini memfokuskan kepada lima jenis penipuan dalam talian yang berleluasa iaitu penipuan e-dagang, pinjaman wang haram, penipuan pekerjaan, penipuan pelaburan dan keldai wang.
Kempen ini pertama kali dilancarkan pada Julai tahun lepas dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, CyberSecurity Malaysia, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
"Kami berharap kempen #TakNakScam 2.0 yang mempromosikan kecelikan digital yang akan membantu menyokong matlamat jangka panjang kami dalam membina dan memastikan komuniti dalam talian yang lebih selamat di Malaysia," kata Tan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Nicole Tan ketika ditemubual mengenai pengesanan aktiviti penipuan dalam talian baru-baru ini. -- fotoBERNAMA
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Baru nak jadi 'content creator'? Meta boleh bantu anda
Justeru itu, Meta mahu membantu pencipta kandungan di Malaysia melalui pelancaran Meta Creator Academy.
Prospek e-dagang Malaysia positif, catat 25 juta pengguna
Sebahagian besar keadaan ini dipacu oleh pertumbuhan stabil populasi pengguna digital di Malaysia, iaitu seramai 25 juta.
Meta Malaysia umum inisiatif baharu #TakNakScam bersama pihak berkuasa, agensi kerajaan
Jenayah penipuan dalam talian merekodkan kerugian sebanyak RM5.2 bilion bagi tempoh 2020 hingga Mei lepas.