awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta umum cip AI baharu, percepat proses latihan model

Amanz
Amanz
12/04/2024
09:24 MYT
Meta umum cip AI baharu, percepat proses latihan model
Cip Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) generasi kedua ini direka untuk mempercepatkan lagi proses latihan model AI terutamanya dalam ia melakukan kesimpulan. -Amanz
BEBERAPA cip kecerdasan buatan (AI) baharu telah diumumkan minggu ini. Semalam daripada Google dan hari ini daripada Meta pula.
Cip Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) generasi kedua ini direka untuk mempercepatkan lagi proses latihan model AI terutamanya dalam ia melakukan kesimpulan.
Sebelum ini cip MTIA V1 telah diumumkan pada tahun 2023 dan MTIA V2 baharu ini kedua-duanya kini dalam proses dihasilkan dengan V1 akan mula digunakan bermula 2025.
Dari segi prestasi MTIA V2 beroperasi pada kelajuan 1.3 GHz dengan memori terbina 256MB yang merupakan peningkatan kepada MTIA V1 yang beroperasi pada kelajuan 800 MHz dan memori terbina 128GB.
Terdapat juga perbezaan dalam teknologi kerana V1 menggunakan teknologi 7nm TSMC manakala V2 pula 5nm TSMC.
Dalam ujian yang telah dilakukan, V2 dapat melakukan proses latihan sehingga tiga kali ganda lebih pantas berbanding V1.
Syarikat besar seperti Meta, Intel, Samsung dan Google mengeluarkan cip AI kendiri bagi mengurangkan pergantungan kepada perkakasan NVIDIA.
Bulan lalu Intel, Google, Arm, Qualcomm, Samsung dan beberapa syarikat teknologi lain telah menubuhkan The Unified Acceleration Foundation (UXL) sebagai usaha untuk menentang dominasi NVIDIA dalam dunia AI. -Amanz
Topic Berkaitan
#Meta
#kecerdasan buatan
#MTIA
#latihan model
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan