awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
30 penumpang selamat, bas ekspres bertembung lori treler di Rompin
"Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi
Ratusan penerbangan alami kelewatan, dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Fung-wong

Bernama
Bernama
11/11/2025
07:45 MYT
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Fung-wong
MetMalaysia memaklumkan ribut berkenaan kini dikesan bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 15km sejam serta kelajuan angin maksimum 111km sejam. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Fung-Wong) yang dikesan pada 8 pagi di latitud 19.8 utara dan longitud 117.9 timur kira-kira 335 kilometer (km) ke arah barat laut Laoag City, Filipina.

Ringkasan AI
  • MetMalaysia mengeluarkan nasihat berhubung ribut tropika kuat Fung-Wong yang bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 15km sejam.
  • Ribut tersebut dikesan kira-kira 335km ke arah barat laut Laoag City, Filipina, dengan kelajuan angin maksimum 111km sejam.
  • Kesan Taufan Fung-Wong di Filipina termasuk 18 kematian dan 1.4 juta penduduk terpaksa berpindah, serta boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia memaklumkan ribut berkenaan kini dikesan bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 15km sejam serta kelajuan angin maksimum 111km sejam.
MetMalaysia memaklumkan jarak ribut dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,439km ke timur laut Kudat, Sabah.
"Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.
Semasa membadai Filipina, Taufan Fung-Wong mengakibatkan 18 kematian dan 1.4 juta penduduk terpaksa berpindah.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah nasihat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia berkaitan ribut tropika Fung-Wong? A: MetMalaysia mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat Fung-Wong yang dikesan bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 15km sejam dan kelajuan angin maksimum 111km sejam.
  • Q: Berapakah jarak ribut tropika Fung-Wong dari bandar terdekat? A: Ribut tropika Fung-Wong dikesan berada kira-kira 1,439km ke timur laut Kudat, Sabah.
  • Q: Apakah kesan yang mungkin berlaku akibat kehadiran ribut tropika Fung-Wong? A: Ribut tropika Fung-Wong boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.
  • Q: Berapa jumlah kematian yang dilaporkan disebabkan oleh Taufan Fung-Wong semasa melanda Filipina? A: Taufan Fung-Wong di Filipina mengakibatkan 18 kematian dan 1.4 juta penduduk terpaksa berpindah.

Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#Ribut Tropika
#fung-wong
#Jabatan Meteorologi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan