MALAYSIA
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek dan hanya sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak, berkuat kuasa sehingga jam 9 pagi ini.
Amaran yang dikeluarkan pada jam 6 pagi itu merangkumi kawasan berikut:
- Kedah: Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu
- Pulau Pinang
- Perak: Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak
- Selangor: Sabak Bernam dan Kuala Selangor
- Negeri Sembilan: Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin
- Melaka
- Johor: Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian
- Sarawak: Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong) dan Kapit (Song)
Orang awam dinasihatkan agar berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat, pokok tumbang dan gangguan elektrik akibat angin kencang dan hujan lebat.
Aktiviti luar dan perjalanan di kawasan terjejas juga disarankan ditangguhkan sementara waktu.
Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh merujuk laman rasmi MetMalaysia atau saluran media sosial jabatan tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami