awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia tamatkan amaran hujan berterusan di beberapa negeri

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
29/11/2025
06:37 MYT
MetMalaysia tamatkan amaran hujan berterusan di beberapa negeri
MET Malaysia tamatkan amaran hujan berterusan di beberapa negeri susulan cuaca semakin baik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menamatkan amaran hujan berterusan yang sebelum ini dikeluarkan bagi beberapa negeri susulan keadaan cuaca yang kini semakin baik.
Menurut kenyataan jabatan itu, analisis model cuaca terkini mendapati tiada lagi potensi hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.
Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan kategori Bahaya, Buruk dan Waspada yang dikeluarkan pada 4.30 petang, 28 November 2025 bagi kawasan berkenaan dengan rasmi ditamatkan.
MetMalaysia dalam pada itu menasihatkan orang ramai untuk terus mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi myCuaca serta platform media sosial MET Malaysia.
Katanya, sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian hotline 1-300-22-1638.
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#amaran hujan
#ribut tropika Senyar
#banjir 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan