awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia uji siren sistem amaran awal tsunami di Kuala Kedah hari ini

Bernama
Bernama
19/01/2021
05:39 MYT
MetMalaysia uji siren sistem amaran awal tsunami di Kuala Kedah hari ini
SAATNM dipasang di Kuala Kedah pada 2005 sebagai persediaan menghebahkan kejadian tsunami yang mungkin berlaku. - Gambar fail
ALOR SETAR:Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kuala Kedah di sini, bermula 1.30 tengah hari hingga 5.30 petang hari ini.
Sehubungan itu, Pengarah Meteorologi Kedah Muhammad Khalil Ab Aziz meminta penduduk setempat tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan.
Katanya ujian yang akan dibuat di Masjid Seberang Nyonya, Kuala Kedah itu merupakan sebahagian daripada penyelenggaraan ke atas sistem tersebut yang sebelum ini dikesan mempunyai kerosakan.
"Kakitangan MetMalaysia di ibu pejabat di Petaling Jaya, Selangor akan memantau komunikasi sistem dan mengaktifkan kembali siren SAATNM berkenaan manakala kerja-kerja di lapangan akan dilakukan oleh kakitangan MetMalaysia Kedah," katanya kepada Bernama.
SAATNM dipasang di Kuala Kedah pada 2005 sebagai persediaan menghebahkan kejadian tsunami yang mungkin berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#MetMalaysia
#sistem amaran
#tsunami
#SAATNM
#ujian siren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan