NATIONAL
Mexico enggan tunduk kepada ancaman AS isu import lembu

Awal bulan ini, pihak berkuasa kesihatan Mexico mengesahkan kes pertama manusia dijangkiti miasis akibat screwworm, melibatkan seorang wanita berusia 77 tahun di negeri Chiapas. - Gambar hiasan/ Unsplash
MEXICO CITY: Menteri Pertanian Mexico Julio Berdegue pada Ahad menegaskan bahawa negaranya tidak akan "tunduk" kepada tuntutan Amerika Syarikat berhubung kemungkinan penggantungan import lembu Mexico akibat kebimbangan serangan screwworm, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Menteri Pertanian Mexico Julio Berdegue menegaskan bahawa Mexico tidak akan tunduk kepada tuntutan Amerika Syarikat berhubung penggantungan import lembu akibat kebimbangan serangan screwworm.
- Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat, Brooke Rollins memberi amaran bahawa tanpa penyelesaian, Amerika Syarikat akan mengehadkan import lembu dari Mexico bermula 30 April dan meminta kebenaran untuk pesawat kontraktor AS menjalankan operasi pembasmian.
- Screwworm adalah spesies lalat parasit yang memakan tisu hidup haiwan berdarah panas, termasuk manusia. Kes pertama manusia dijangkiti miasis akibat screwworm telah disahkan di Mexico.
"Saya telah memberikan jawapan terus kepada surat Setiausaha Rollins berhubung isu 'screwworm'.
"Kami bekerjasama dan berkolaborasi, tetapi kami tidak pernah tunduk," kata Berdegue dalam satu hantaran di media sosial.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO), screwworm (Cochliomyia hominivorax) ialah spesies lalat parasit yang berasal dari benua Amerika, dengan larvanya memakan tisu hidup haiwan berdarah panas, termasuk manusia.
Awal bulan ini, pihak berkuasa kesihatan Mexico mengesahkan kes pertama manusia dijangkiti miasis akibat screwworm, melibatkan seorang wanita berusia 77 tahun di negeri Chiapas.
PAHO memaklumkan bahawa kes miasis dalam kalangan manusia cenderung berlaku dalam populasi luar bandar, terutamanya di kawasan yang mempunyai populasi lalat yang tinggi akibat kehadiran haiwan domestik.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami